Header Ads

Facebook, Instagram 'problem' : Pengguna Bingung, Ini Pengakuan Dari Akaun Rasmi Facebook & Instagram


Terkini, pengguna di seluruh dunia mendapati sukar untuk mengakses laman web rangkaian sosial Facebook dan Instagram iaitu gagal daftar masuk (log in). Masalahnya, pertama dilaporkan pada malam Rabu, berterusan pada pagi hari Khamis. Pengguna tertanya-tanya sama ada masalah daripada capaian internet mereka atau sebaliknya. Kedua-dua syarikat ini menggunakan laman sosial Twitter untuk membuat pengakuan tentang masalah itu.

Sementara itu, Instagram tweet: "Kami tahu ini mengecewakan, dan pasukan kami bekerja keras untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin."



Pengguna memilih platform Twitter untuk membuat aduan akibat tidak dapat log masuk dari akaun Instagram dan Facebook mereka. 

Facebook akhirnya memberi respon tengah malam tadi menerusi akaun rasmi Facebook di laman Twitter berdasarkan aduan dari pengguna seluruh dunia tentang aplikasi tersebut. Facebook menjelaskan bahawa mereka sedar akan masalah yang dihadapi oleh pengguna memandangkan ramai pengguna berasa pelik dengan sistem aplikasi yang bermasalah baru-baru ini menyebabkan urusan mereka tergendala. Mereka dalam proses menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

"Kami menyedari bahawa sesetengah orang kini menghadapi masalah mengakses aplikasi keluarga Facebook. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, "kata Twitter rasmi Facebook.



Di laman Twitter #FacebookDown dan #InstagramDown sedang rancak trending pada pagi Khamis ini.








Sumber : Twitter

No comments

Powered by Blogger.
a