'Frust' cinta ditolak, Pakar Psikiatri 'bedah' surat luahan perasaan dari pelajar Tingkatan 1 yang cuba bunuh diri, rupa-rupanya dia....
Tular di laman sosial Facebook apabila seorang pelajar lelaki dan juga merupakan remaja berumur 13 tahun telah cuba membunuh diri akibat dari kecewa akibat cinta ditolak.
Polis mengesahkan tindakan seorang pelajar tingkatan satu di Banting di sini cuba membunuh diri dari tingkat dua bangunan sekolah itu akibat kecewa cintanya ditolak pelajar perempuan.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan mendapati pelajar berusia 13 tahun itu mengaku cintanya ditolak selepas meluahkannya kepada seorang pelajar perempuan di sekolah yang sama semalam.
Wanita tidak meminati mangsa, lebih menyukai lelaki lain
Katanya, alasan penolakkan cinta oleh pelajar perempuan sebaya dengan itu adalah kerana tidak meminati mangsa dan lebih menyukai pelajar lelaki yang lain.
"Berikutan itu, pelajar lelaki tersebut dikatakan putus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri.
"Remaja berkenaan juga sempat menulis satu nota yang menjelaskan tujuannya untuk bunuh diri,"katanya ketika dihubungi Kosmo sebentar tadi.
Mangsa adalah pelajar yang baik dan pendiam
Jelas Azizan, berdasarkan keterangan guru kelasnya mendapati remaja lelaki itu merupakan pelajar yang baik dan pendiam serta tiada masalah disiplin.
"Setakat ini, kami belum menerima sebarang laporan polis dibuat oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa pelajar ini.
"Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengannya semasa proses menyelamat dan telah di bawa ke hospital Banting untuk rawatan lanjut ," katanya.
APM datang menyelamatkan mangsa dari bunuh diri
![]() |
Momen-momen ketika menyelamatkan pelajar 13 tahun oleh APM dari bunuh diri |
Pelajar Tingkatan 1 yang berjaya diselamatkan oleh APM dari terjun bumbung sekolah untuk bunuh diri |
Terdahulu, K! ONLINE melaporkan tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya mengagalkan cubaan membunuh diri seorang pelajar lelaki dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah di sini tengah hari tadi.
Dalam kejadian pukul 12.28 tengah hari itu, pelajar berusia 13 tahun bertindak demikian difahamkan akibat putus cinta.
Isu serius dijadikan bahan jenaka, Pakar Psikiatri 'bedah' surat dari pelajar cuba bunuh diri
Menurut Pakar Psikiatri, Dr Ahmad Rostam Md Zin, kemurungan dianggap sebagai masalah kesihatan mental yang disebabkan gangguan emosi seperti kebimbangan atau tekanan.
Jelas anggota MedTweetMy tersebut, beliau menganggap insiden pelajar cuba membunuh diri dengan memanjat bumbung sebuah sekolah di Banting, Selangor itu sebagai tindakan melulu dan bukan dengan niat mahu membunuh diri.
Jelas anggota MedTweetMy tersebut, beliau menganggap insiden pelajar cuba membunuh diri dengan memanjat bumbung sebuah sekolah di Banting, Selangor itu sebagai tindakan melulu dan bukan dengan niat mahu membunuh diri.
"Pada dasarnya kita sangkakan budak ini cuba bunuh diri sebab cintanya ditolak namun pada pengamatan saya, untuk seseorang itu mencederakan diri atau bunuh diri tidaklah semudah itu.
"Bunuh diri kerana cinta ditolak itu bukan punca utama, pasti ada isu yang lebih besar disebalik itu sehingga membuatkan dia melakukan perkara itu.
"Saya yakin perbuatan pelajar itu lebih menjurus kepada tindakan melulu hingga membahayakan diri berbanding niat untuk nak bunuh diri," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.
Selain itu dia turut menzahirkan rasa kesal dengan sikap sesetengah netizen seolah-olah memandang remeh isu berkenaan.
"Saya tak tahu bagaimana situasi psikologi dia. Walaupun nota ditinggalkan seolah-olah dia putus cinta, tetapi kami sebagai pakar psikiatri melihat ia sebagai sesuatu yang dilakukan tanpa pertimbangan rasional.
"Cuma saya agak terkesan apabila ramai netizen yang mempermainkan situasi itu. Kalau kita faham masalah psikologi, ia bukan suatu perkara mudah yang boleh diselesaikan begitu sahaja kerana pesakit tiada pertimbangan yang rasional untuk masalah yang dihadapinya.
"Orang anggap penyakit kemurungan masalah emosi biasa padahal ia adalah penyakit diluar kawalan diri," katanya.
'Mak dia sakit jantung, ayah dia kerja kuat'
Di laman Twitter ada sumber mengatakan pelajar Tingkatan 1 yang cuba bunuh diri itu mengalami beberapa masalah berkaitan keluarganya. Ramai yang merasakan pada mulanya kes ini satu bahan jenaka kerana usia 13 tahun sudah membuat perkara sebegini, tetapi sebenarnya kes ini perlu dipandang serius.
'Mak dia sakit jantung, ayah dia kerja kuat'
Di laman Twitter ada sumber mengatakan pelajar Tingkatan 1 yang cuba bunuh diri itu mengalami beberapa masalah berkaitan keluarganya. Ramai yang merasakan pada mulanya kes ini satu bahan jenaka kerana usia 13 tahun sudah membuat perkara sebegini, tetapi sebenarnya kes ini perlu dipandang serius.
Baru tau budak sekolah yg cuba nak bunuh diri tu, mak dia sakit jantung, ayah dia bekerja kuat. Oleh sbb tu, dia kurang kasih sayang. So, dia cuba cari kasih sayang dgn sukakan seseorang tapi tak berbalas.— killer (@aqilirwan) March 13, 2019
Mudah betui kita menilai & jadikan kes ni sebagai bahan ketawa.
Aku pun rasa ini bukan jokes, budak ni ada masalah.. kena bantu naikkan semangat dia.. org yang dok kondem mungkin dia x faham macamana hidup dlm famili kecil yang sunyi dan kurang komunikasi.— juandemaria (@ZohaIrwan) March 14, 2019
One of my friend, dia ada dpt few infos pasal kes ni pic.twitter.com/Eu6LVFE6av— killer (@aqilirwan) March 14, 2019
Kesian nyer.. Lg sedih org skrg buat joke psl budak ni pastu nk bandingkn "aku dulu 13 thn nak keluar rumah pun takut inikan bunuh diri" "aku dulu 13 thn still menangis kalau result teruk blabalalala...." lol pls la stop compare your childhood dgn org lain..— anies (@anies1995) March 14, 2019
Sumber : Kosmo, mstar, Twitter
Post a Comment