Header Ads

"Mungkin Ini Adalah Solat Terakhir Mereka Di Dunia", Kronologi Ringkas Zionis Israel Serang Gaza


Dua hari lepas, telah berlaku serangan oleh Zionis Israel terhadap umat Islam di Gaza. Menurut kenyataan media Israel, dalam tempoh yang singkat, 70 roket telah dilancarkan ke kawasan Gaza. Ketika serangan dimulakan, laluan ke Gaza telah ditutup oleh tentera Israel sebagai langkah bersedia lancarkan serangan skala besar yang menyasarkan ibu pejabat, kawasan awam dan tanah pertanian dimiliki rakyat Gaza.

Ini antara kronologi ringkas yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Fakhri Fadzil di akaun Facebook miliknya.


Ikuti entri penuh di bawah.


Berita akan berlakunya serangan Israel terhadap Gaza mula tersebar pada awal pagi semalam selepas Trump menandatangi pengiktirafan terhadap pemilikan Israel terhadap keseluruhan bukit Golan yang dimiliki sebahagiannya oleh Syria.


Juga selepas Israel mendakwa terdapat roket yang telah dilancar dari kawasan Gaza yang mencederakan tujuh orang warga negaranya. 


Kata Hamas sebarang serangan ke atas Gaza kali ini akan dianggap sebagai melanggar 'lampu merah' dan mereka bersedia dengan segenap kekuatan yang ada untuk menghadapinya. 


Sebelum maghrib 25 Mac Tentera Zionis telah memulakan serangan ke atas Gaza dengan mensasarkan banyak tempat hingga musnah seperti bangunan Syarikat Insuran Al-Multazim dan pejabat Ismail Haniyeh, Masjid Omar Bin Abed Al Azeez, Kelab Sukan Beit Honoun, Sekolah memandu, Kawasan Pertanian, Pelabuhan KhanYounis, Kawasan Mujahidin.






Serangan udara turut disasarkan ke kawasan awam dan bangunan kerajaan serta kediaman rakyat Palestin.

Tidak berdiam diri, Hamas mula melancarkan serangan balas terhadap serangan Israel dengan roket roket mereka ke arah kawasan yahudi. 


Cemas dengan keadaan ini di beberapa tempat di Israel telah dibuka pusat perlindungan untuk penduduk mereka lari berlindung dari serangan roket Hamas. 



Dalam jam 12 tengah malam atas usaha Mesir kedua dua pihak bersetuju untuk melakukan gencatan bersenjata dan berada dalam tempoh bertenang. 

Tetapi Israel telah melanggar perjanjian ini dan kembali menyerang Gaza semula dan ini mengakibatkan Hamas membalas dengan serangan roket yang lebih banyak. 





Sehingga post ini ditulis, Hamas baru melancarkan lagi roket roket mereka ke kawasan Palestin yang dijajah. 

Kali ini mereka melawan dengan penuh kekuatan dan memberikan isyarat bahawa mereka tidak akan terus ditindas. 

Doakan mereka!

#GazaUnderAttack


Setelah mensasarkan bangunan sekarang tentera Israel mula mensasarkan masjid. Serangan bermula ke atas Masjid Umar Abd Aziz, Gaza.


Hari kedua

Seperti yang telah diperingatkan oleh mujahidin, sebarang serangan terburu buru oleh Israel terhadap Gaza akan menatijahkan kesan yang buruk kepada rejim Zionis.

Sebentar tadi mereka telah melancarkan puluhan roket ke bumi Palestin yang dijajah, mensasarkan kawasan ketenteraan milik Rejim.



Serangan ini adalah tindak balas terhadap serangan tentera rejim yang telah merosakkan banyak infrastruktur dan bangunan di Gaza.






Israel telah memulakan serangan ke atas Gaza. Manakala HAMAS telah memberikan 'lampu hijau' kepada Briged Al-Qassam untuk mula membalas serangan ini. Gambar ini dirakamkan pada solat maghrib sebentar tadi. Mungkin ini adalah solat terakhir sebahagian daripada mereka di dunia ini. Doakan! #GazaUnderAttack

Doakan mujahidin kita.



"Ya Allah, Kau hancurkanlah Israel laknatullah sebagaimana engkau menghancurkan debu-debu di padang pasir"



Di bawah adalah video ketika serangan berlaku di bandar Gaza dan penampakan bom meletup satu per satu.






Sama-sama kita doakan mereka kuat dengan ujian ini. Ketika ini rakyat Palestin memerlukan doa-doa daripada rakyat Malaysia serta sumbangan yang berterusan. Ayuh rakyat Malaysia, zahirkan kebersamaan kita untuk menentang penjajah Israel. Sumbangan ikhlas boleh dilakukan ke akaun Aman Palestin Berhad.


Bank Islam : 1202 9010 04 7880

Maybank     : 5622 6301 0787
CIMB           : 8600 46 0353

Sumbangan dengan cara lebih mudah, klik sahaja link berikut : https://www.billplz.com/jommenyumbang?fbclid=IwAR3cMcwWW3C-2iN6nq55udsAO6hXW_vahb9BAugM1Czf7gKJreZjGyf-q9k



Sumber : Facebook Aman Palestin ØºØ²Ø© الآن - Gaza Now , Fakhri Fadzil

No comments

Powered by Blogger.
a