Header Ads

Harga Petrol Naik Lagi, RON 97 Naik 3 Sen, Diesel & RON 95 Kekal


Harga runcit petrol RON97 naik tiga sen seliter iaitu daripada RM2.43 seliter kepada RM2.46 seliter.

RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataannya, harga runcit produk petroleum itu bagi tempoh 9 sehingga 15 Mac.

Ia mengikut penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 9 sehingga 15 Mac sepatutnya sebanyak RM2.16 seliter dan RM2.38 seliter masing-masing.

"Namun begitu, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, berikutan keputusan Jemaah Menteri untuk menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum untuk mengurangkan bebanan kewangan rakyat," katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus komited dalam melaksanakan dasar penstabilan harga runcit produk petroleum yang memberi manfaat kepada rakyat.
Sumber: BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.
a