Header Ads

"Baby Tersedak Susu. CPR 30 Minit. Disahkan Meninggal Dunia, Remaja Sampai2 Nadi Da Takde. Taktau Punca" - Doktor Bongkar 'Rahsia' Dalam Bilik Bedah


Dek kerana kesibukan kerja, tanpa pasang niat keperluan apa kita kerja setiap hari pergi kerja gelap-gelap dah keluar, balik kerja sampai rumah pun dah gelap, tak sempat tengok matahari, sebenarnya sedar tak sedar kita merugikan diri sendiri kerana tiada arah tuju hanya mengejar duit, duit dan duit.

Sekiranya kita pasang niat untuk bantu keluarga, besarkan anak-anak, bantu mak ayah, pasti Tuhan permudahkan aktiviti sepanjang hari kerana kita buat semua perkara kerana Allah (lillahi ta'ala).

Sungguh, mati itu pasti, kita tidak boleh jangka umur berapa kita akan 'pergi', jadi penuhilah hari-hari kita semua dengan sesuatu yang berfaedah dan berguna. Jangan pernah sia-siakan waktu sihat yang ada.

Perkongsian daripada seorang doktor dan juga penasihat kewangan peribadi iaitu Dr. Faiz Mashood yang menyedarkan ramai tentang bermacam-macam cara kematian pesakit sewaktu dia berkhidmat sebagai doktor di sebuah hospital.

Kematian tak kenal umur
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Lama tak menulis life kat hospital. Tapi sebenar nye hampir tiap hari aku monolog dalaman berkaitan kematian ni. Tapi tak bercerita. Bukan apa, tak sempat nak cerita. Kang cerita kat wife muram je suasana dalam rumah. Dalam rumah kena happy environment. Haha.


Kat ed ni macam2 jenis kematian ada.



Kalau aku ditakdirkan mati umur 24tahun, aku taktau apa je jasa yang aku dah buat?

1️⃣24tahun sampai2 nadi da xde. Taktau sebab. Known case of asthma je. Buat cpr 30min still nadi takde. Announce death. Thats it. Kalau aku ditakdirkan mati umur 24tahun, aku taktau apa je jasa yang aku dah buat. Im not judging others, just talking about myself.


Baby 1year old sawan sampai sejam tak berhenti2
2️⃣baby 1year old sawan sampai sejam tak berhenti2 terpaksa intubate takut brain injury. Kalau lama sgt sawan otak kurang oksigen bole jadi cacat/disturbed development. I dont know what happen then to this baby. I hope baby is well.

Baby tersedak susu. Cpr 30minit. No sign of life. Annouced death
3️⃣Baby 5months old datang unconscious. Team paramedic dah start cpr 10minit. History dari babysitter baby tersedak susu. Cpr 30minit. No sign of life. Annouced death. Anak sulung. Parents menangis teresak2.

Pakcik datang nadi 28 je. Sikit lagi nadi nak kosong.
4️⃣pakcik datang nadi 28 je. Sikit lagi nadi nak kosong. Nadi kosong means no heart beat. Normal range 60-100. Bagi treatment tiba2 nadi hilang. Pacik unconscious. Start cpr. 10saat cpr tiba2 terkejot. Nadi dtg balik. Hebat Allah. Jantung da stop beating pun Dia boleh datangkan balik dalam 10saat je.

Pacik jerut leher untuk bunuh diri
5️⃣Pacik 60tahun unconscious. Cpr ongoing. Cubaan untuk intubate x3 fail. Langsung tak nampak ruang untuk masuk ETT(endotracheal tube). Baru perasan kesan jerut di leher. Rupa nye pacik jerut leher untuk bunuh diri.

Adik terjatuh ke belakang kepala terhantuk jalan
6️⃣Adik 16tahun. Kawan bonceng motor. Adik terjatuh ke belakang kepala terhantuk jalan. Tak pakai helmet. Datang ke ED pupils dilated 4mm. Tanda dah ada brain injury yang agak serius. Ct brain memang ada intracranial bleed. Agak besar. Cerebral edema, otak nampak bengkak. Transfer ke hospital sg buloh untuk pembedahan otak emergency. Belum sempat ke ot adik pulseless (tiada bacaan nadi) di ED hosp sg buloh. Cpr 30mins. Asystole. Announced death.

Berapa ramai mati muda tanpa sebab
Kita ni muda2 terlalu nak enjoy. Konon hidup masih panjang. Padahal berapa ramai mati muda tanpa sebab. Dah mati its either 2 je tempat kita. Lepastu 24h kita sibuk dgn kerja la cari duit la famili la entertainment etc

Try to make 24h meaningful.
So try to make 24h meaningful. Solat jgn tinggal aurat jaga maafkan semua org jgn panjang2kan gaduh buang ego . Benda ni semua no use. Menyusahkan kehidupan kita lepas mati je. Kalau 24h sibuk kerja niatkan kerja kita tu lillahitaala nak tolong org nak tolong famili or apa2 niat yg baik. Berapa ramai pergi balik kerja tanpa apa2 niat so kerja hanya dtgkan gaji tak dtgkan pahala. Gaji habis kejap je. Pahala tu je yg kita bole buat bekalan.

Selamat malam kawan2. Saya doakan semua berjaya dunia dan akhirat.

Faiz Mashood
Doctor | Unit Trust Consultant | ASBF Referral

Sumber : Facebook Faiz Mashood 

No comments

Powered by Blogger.
a