Header Ads

"Housemate suka 'cotton candy' " - Geram Housemate Pengotor Periuk Nasi Dah Pakai Tak Dibasuh, Kawan Bertindak Viralkan Di Laman Sosial



Sering kali di media sosial platform untuk netizen meluahkan rasa tidak puas hati termasuk jika mendapat teman serumah yang pengotor.

Baru-baru ini tular di laman Twitter apabila seorang pelajar universiti tempatan, Nabil Naqiuddin Kamaruddin memuat naik gambar periuk nasi dipenuhi kulat ala-ala 'cotton candy'.


Tweet yang dimuat naik oleh Nabil 

Pelajar tahun dua jurusan Kejuruteraan Pembuatan itu memberitahu bahawa dia mendiami pangsapuri yang menjadi asrama pelajar universiti di Perlis bersama enam rakannya yang juga penuntut bidang sama.


"Kebiasaannya, kami akan masak setiap hari sehingga khamis. Baru-baru ini, kami masak nasi lemak yang seudah tentu perlukan santan.

"Sebelum masing-masing pulang ke rumah pada Khamis dan sepatutnya orang terakhir makan akan kemas dan basuh peralatan dapur.

"Namun, bila saya sampai rumah pada Isnin dan nak masak nasi, saya tengok periuk belum dibasuh dan bekas nasi lemak bukan sahaja dah basi, tapi penuh kulat, ala-ala cotton candy", ujar Nabil.

Menceritakan situasinya ketika itu, kata Nabil dalam perasaan geram, dia hanya pasrah dan terus mencuci periuk berkenaan kerana dia orang pertama melihat 'cottn candy' itu.

"Dalam hati memang geram, tapi apakan daya, saya terpaksa basuh periuk itu yang baunya 'semerbak' satu rumah sebab nak masak nasi untuk makan tengahari", katanya yang pertama kali berdepan situasi itu.

Selain itu, Nabil juga berharap peristiwa yang berlaku ini dapat memberi pengajaran kepada teman serumahnya selama satu setengah tahun ini supaya lebih peka dengan kebersihan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang pernah berhadapan situasi sebegitu turut memberi komen di posting berkenaan.




"Dulu ada housemate perangai macam ini, pastu aku buat undang-undang sendiri, tak basuh lebih sehari aku buang...Alhamdulillah, dah takde pinggan mangkuk periuk belanga dah dekat rumah lepas tu," tulis salah seorang yang membalas Tweet Nabil.

"Pernah dapat housemate pengotor macam ini, aku ambil periuk tu letak atas katil cover dengan selimut...hambik koo," tulis netizen.

Sumber : Twitter Nabilqiudin

No comments

Powered by Blogger.
a