Header Ads

"Keadaannya semakin merosot" - Perlukan Darah B+ dan O Untuk Teruskan Hidup, Individu Dedah Penyakit Liforma Tahap 4 Yang Ditanggung Oleh Anak Ini Semakin Kritikal


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sakit dan sihat adalah pemberian dari Tuhan. Allah bagi sakit dan Allah juga lah penyembuh. Setiap manusia diuji dengan bermacam-macam dugaan, seperti yang dihadapi oleh adik ini yang sedang menderita Kanser Liforma.
Secara ringkasnya, limfoma adalah sejenis kanser darah yang berlaku apabila sel-sel darah putih dan sistem imun mengalami pertumbuhan atau perkembangan yang tidak terkawal.
Ia menyebabkan pengumpulan sel secara luar biasa, pembengkakan kelenjar limfa, dan boleh merebak ke organ sekeliling termasuklah tisu otak, usus, tulang, paru-paru dan sum-sum tulang.
Seorang pengguna Facebook, Noorhafizah Ramli dengan rasa prihatin dengan masyarakat sekeliling dia telah memuat naik status di Page Penduduk Alor Setar & Jitra tentang keadaan adik Nur Farahannis dan mengajak orang ramai membantu meringankan beban ibu ayah kepada anak yang sedang menderita penyakit kanser liforma Tahap 4 ini dan mendoakan kesembuhan adik ini.

Ikuti entri penuh di bawah.

Assalamualaikum

Nurfarahannis binti Hasdee

Perlukan darah jenis B+ atau O

Nama pesakit: Nurfarahannis binti Hasdee
Ward: 3B katil no 9 HSB alor star kedah
Pesakit kanser liforma

Adik nurfarahannis masih memerlukan darah jenis B+ atau jenis O kerana palet darah nya kembali 0

Keadaan semakin merosot

Namun sejak kebelakangan nih, keadaan kesihatan adik Nurfarahannis binti Hasdee agak merosot..

Adik Annis yang sedang terlantar sakit

Saya mohon DOA agar dipermudahkan segala urusan rawatan adik nurfarahannis binti Hasdee dan semoga adik nurfarahannis binti Hasdee dikurniakan sebaik2 kesembuhan,kekuatan serta kesabaran dalam melawan penyakit ini.

Ibu nya seorang cleaner, ayahnya seorang penoreh getah ulang alik dari Sik ke Alor Setar

Untuk pengetahuan semua ibu adik anis bekerja sebagai cleaner dan ayahnya pula bekerja sebagai penoreh getah dan terpaksa berulang alik dari sik ke alor setar untuk memantau keadaan kesihatan adik anis..adik anis kini ditemani oleh kakak sulungnya..

Adik annis bersama ibunya
Bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan, boleh rujuk butiran di bawah.

AKAUN BANK BSN IBU ADIK ANIS 

BANK BSN : 02115-4100011046-5 

SHAHAROM BT CHE AMIN.

Semoga dengan keikhlasan hati kita memberi sumbangan dpt meringankan beban dan membantu apa yg kurang kpda kluarga adik anis.

Terima kasih atas doa semua..semoga doa yg baik ini dimakbulkan.AMIN

Nota: bukan ibu adik nurfarahannis yang merayu sumbangan tetapi sebagai manusia saya tak mampu lagi nak tengok adik nurfarahannis dalam keadaan mcm ni tanpa ibu disisi..sedangkan seorang ibu tersepit antara kerja dan anak yang dikasihi..

No comments

Powered by Blogger.
a