Header Ads

Isu mayat dalam tangki air di FELDA Palong 12 : Hukum 'harus' meminum air mayat jika .....


2 hari lalu, komuniti Group Facebook Media #DTTB kongsi rasa resah apabila pihak berkuasa menemui seorang mayat lelaki di empangan simpanan, Palong 14 yang menyalurkan air di kawasan mereka.
Penduduk telah mengalami gangguan air dari Sabtu lalu bermula 8 malam sehingga Ahad, 8 malam.
Berita gangguan air sebelum itu telah diberitahu melalui Facebook rasmi Pusat Khidmat Pelanggan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).
Melalui pemberitahuan itu, masalah yang dihadapi dapat dikesan oleh sebab masalah teknikal pada awalnya.
Kemudian, terbaru, Ketua Perhubungan Awam SAINS akhirnya menjelaskan masalah sebenar dimana gangguan air yang dihadapi disebabkan oleh penemuan mayat di dalam Kolam tangki air tersebut.
Anggota bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemui terapung dalam tangki di FELDA Palong 12, Jempol pada Isnin lalu
Komuniti dan penduduk sekitar begitu resah kerana mendakwa sudah terminum air dari tangki yang dijumpai mayat didalamnya. Namun, mufti Negeri Sembilan tampil menjelaskan tidak perlu bimbang dari segi hukum Islam.
Penduduk di FELDA Palong 12, Jempol tidak perlu khuatir jika terminum air terawat susulan penemuan mayat dalam tangki air di kawasan berkenaan pada Isnin lalu.
Hukum meminum 'air mayat' selama mana tidak diketahui adalah harus

Tangki air di FELDA Palong 12, Jempol

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, hukum meminumnya selama mana tidak diketahui adalah harus
.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad
Dalam masalah seperti ini, penduduk yang terminum air bercampur daripada mayat diharuskan. Jika mereka tahu lebih awal, mereka tentu tidak meminumnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Mohd Yusof menjelaskan, mayat manusia asalnya suci selagi mana ia belum hancur atau pecah.
Jika sudah hancur, cebisan daging mayat yang bercampur sedikit air akan menjadi najis. Bagi air yang banyak, ia juga menjadi najis apabila berubah warna, bau dan rasa," katanya.
Sebagai pihak berkuasa katanya, mereka perlu mengosongkan keseluruhan air sebelum membasuh tangki menggunakan air mutlak atau air biasa.
Ketika pembersihan dilakukan, ia perlu dipastikan tiada lagi perubahan warna, bau dan rasa," katanya.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, polis menemui tengkorak dan beberapa cebisan daging dipercayai mayat lelaki yang dilaporkan hilang kira-kira lapan bulan lalu dalam tangki air milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) di FELDA Palong 12.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, bahagian cebisan itu ditemui selepas operasi mengeluarkan mayat terbabit dilakukan anggota bomba, pada 1 tengah hari.
Mayat lelaki dipercayai berusia 20-an yang ditemui terapung dalam tangki air di FELDA Palonh 12, Jempol
Pada mulanya polis menerima laporan daripada pekerja SAINS yang melakukan pemantauan paras air sebelum menemui objek seperti mayat terapung dalam tangki air berkenaan.
Kerja penutupan dan cuci tangki dilakukan
Ketua Perhubungan Awam SAINS Norzita Ismal dilaporkan berkata, pihaknya melakukan kerja penutupan tangki dan pencucian.
Bagaimanapun, ada penduduk menyatakan kebimbangan berikutan selama ini mereka terminum air yang bercampur dengan mayat.
Sumber : Harian Metro, Facebook MediaDTTB

No comments

Powered by Blogger.
a