Header Ads

Pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang : Tersentuh hati, Sultan Johor sumbang RM1 juta


Bagi memperhebatkan lagi operasi menyelamat, merawat serta mencegah pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM1 juta.

BACA JUGA :Kronologi pencemaran sisa bahan kimia bahaya : 3 dalang Sungai Kim Kim bakal didakwa esok

BACA JUGA : KKM : Langkah-langkah pencegahan & apa yang perlu dilakukan jika anda hadapi pencemaran kimia bahaya seperti di Pasir Gudang

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook baginda hari ini, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, sumbangan itu bagi membolehkan agensi penyelamat serta pihak berkuasa terbabit dalam operasi itu melengkapkan pasukan masing-masing dengan kemudahan yang diperlukan.

Tuanku Sultan ada membincangkan perkara ini dengan saya sebagai Penasihat DiRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan baginda juga amat tersentuh apabila mendengar sebuah klip rakaman di mana seorang lelaki menangis sambil meminta bantuan menyelamatkan anaknya.

Tuanku Sultan turut berpendapat dengan kurniaan sumbangan peribadi baginda, ia dapat membantu pihak berkuasa serta agensi penyelamat seperti Bomba dan PDRM memperlengkapkan pasukan mereka demi membantu rakyat,” titah Raja Zarith Sofiah kepada Royal Press Office, pada Khamis.


Sumber : Astro Awani 

No comments

Powered by Blogger.
a