Header Ads

Isu hina Nabi : JAKIM tubuh unit pantau hina Is


Unit Pemantauan Isu Hina Islam ditubuhkan bagi memantau penulisan atau provokasi bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam.

Penubuhan unit pantau tindak-tanduk orang yang menghina Nabi Muhammad SAW dan mempersendakan Islam.
Berikutan berita menghina nabi Muhammad SAW dan juga Islam semakin menjadi-jadi, lantas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, penubuhan unit yang memantau tindak-tanduk pihak tidak bertanggungjawab itu berikutan berlaku kes menghina Nabi Muhammad SAW dan perbuatan mempersenda agama Islam.

Membabitkan semua platform media sosial
Katanya, inisiatif menubuhkan unit yang diselia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu akan melakukan pemantauan membabitkan semua platform media termasuk media sosial.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sesiapa saja yang melakukan tentang provokasi Islam hubungi talian yang tertera
"Saya juga sudah meminta unit pemantau ini menerima sebarang aduan berkaitan penghinaan Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, seterusnya dengan segera membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan, sila WhatsApp segera ke talian hotline 010 3005260 atau emelkan kepada aduan@islam.gov.my," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menteri Agama tidak akan berkompromi dengan perbuatan sebegini
Dalam pada itu, beliau berharap semua pihak dapat berganding bahu bagi menjaga dan mengekalkan keharmonian negara.
"Saya percaya, pihak berkuasa sudah melakukan tindakan sewajarnya untuk menangani isu ini. Di pihak saya Menteri Agama sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam.
"Negara kita mempunyai undang-undang, pihak yang bersalah mesti dijatuhkan hukuman setimpal," katanya.

Sumber : hmetro

No comments

Powered by Blogger.
a