Header Ads

"Jakun, Sakai, Batak..." - Antara Reaksi Netizen & Kecaman Kepada Remaja Yang Ber 'OOTD' Di Rak Simpan Barang IKEA



Tular di laman sosial, seorang pemuda berumur lingkungan 20-an, memuat naik gambarnya yang sedang ber 'OOTD' di IKEA, di mana dia memanjat dan bergaya di atas rak simpan barang-barang di dalam IKEA. Gambarnya mula tersebar dan mendapat kecaman Netizen kerana tindakannya tidak bersesuaian dengan masa dan tempat. Bukan itu sahaja, mereka yang berbuat perkara dilarang ini akan cetus risiko kerosakan barang di dalam kotak tersebut. 

Ada netizen yang berpendapat, remaja sekarang akan melakukan apa sahaja demi 'likes' di Instagram mereka selepas gambar tersebut dimuat naik.

Menurut sumber, insiden itu berlaku di IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang yang baru saja dibuka pada 14 Mac lalu. 

"Tolong jangan buat begini. Setahu saya, IKEA tidak pernah menghalang sesiapa untuk merakam gambar di premisnya. Tetapi jangan panjat rak atau duduk di atas kotak barangannya. 

"Anda mungkin akan mengalami kecederaan yang tidak dijangkakan atau merosakkan barangan yang mungkin hendak dibeli oleh pelanggannya. 

Lelaki ini kini berada dalam senarai pengawasan pihak IKEA Pulau Pinang.



"Tak kiralah di mana-mana premis IKEA, jangan panjat rak penyimpanan. Anda mungkin boleh terjatuh dan tercedera. Jangan bermain dengan troli IKEA di mana tindakan anda itu mungkin boleh melanggar orang lain, anak-anak pengunjung atau barang-barang IKEA. 

"Juga dinasihatkan untuk tidak duduk di atas kotak yang mengandungi perabot kerana ada sesetengah barangan itu rapuh atau kaca," kata sumber. 




Menurut netizen, dua minggu yang lalu pihak IKEA Damansara juga telah mengeluarkan larangan merakam gambar di bahagian rak penyimpanan barangan mereka yang dipercayai berpunca dari tindakan individu terbabit. 

Sumber : Twitter Burhan

No comments

Powered by Blogger.
a