Header Ads

"Jangan Bagi Anak Kita Minum Minuman Kultur/Probiotik Setiap Hari!" - Doktor Dedah Kandungan Gula Dalam Minuman Probiotik



Minuman Kultur atau Probiotik adalah minuman yang digemari oleh kanak-kanak. Ibu bapa apabila ke pasar raya membeli barang dapur, pasti ada yng ditarik untuk ke bahagian minuman tersebut oleh anak-anak mereka. Buat yang tidak tahu apa itu minuman kultur atau probiotik, ianya adalah vitagen, nutrigen ataupun yakult yang ada di pasaran sekarang. Minuman tersebut boleh diminum tetapi tidak boleh diminum setiap hari.

Pesanan daripada seorang Doktor Taufiq Razif berkongsi di laman Twitternya tentang keburukan minuman ini sekiranya diambil hari-hari akibat kandungan gula yang banyak di dalam minuman tersebut.



Jangan Bagi Anak Kita Minum Minuman Probiotik Setiap Hari!

Anak saya sendiri pun, minuman kultur ataupun probiotik ni lah benda pertama yang dia akan terkam kalau ikut saya ke pasaraya.

Kenapa?

Sebab benda ni MANIS! Memang fitrah anak anak sukakan benda benda manis ni. Ingat ke bila ada tulisan 'less sugar' ni boleh la percaya rupanya bila check balik memang kandungan gulanya sangat tinggi.


Gambar Hiasan
Tak kira apa pun yang mereka tulis, minuman probiotic ni akan tetap ada kandungan gula yang tinggi. Sebab dalam minuman ni ada bakteria yang hidup. Gula dalam tu bukan cuma sebagai perasa tetapi juga sebagai makanan pada bakteria hidup kat dalam tu!

Kalau kita buat perbandingan dengan air coca cola yang super manis sendiri pun kita rasa terkejut dah. Kandungan gula dalam coca cola 10.6g per 100ml. Tetapi dalam minuman probiotik boleh sampai 18.3g per 100ml! Banyak ke sikit tara tu!


Gambar Hiasan

"Nak tengok kesihatan anak kita 20 tahun akan datang tengok kandungan gula yang kita duk suap anak kita tiap hari"

p/s : Air kultur atau Probiotik ni bukan tak boleh minum langsung cuma jangan la jadikan rutin. Sekali sekala tu takpe lah.

p/s : Saya suka kongsi ilmu mendidik anak dan parenting di Telegram Channel saya. Klik link ni cepat cepat untuk join bersama 130 ribu ibubapa yang lain di dalam sana 👉 t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Facebook Taufiq Razif

No comments

Powered by Blogger.
a