Header Ads

'Jangan Sebar Atau Kongsi Rakaman Video Insiden Tembak Di Masjid Christchurch' - Kenyataan Media Dari SKMM Larang Viral Video


Rakaman video siaran langsung (LIVE) tembakan rambang yang berlaku di dalam masjid di tengah Christchurch menimbulkan pelbagai reaksi orang awam dan kini mula tersebar meluas serata dunia melalui laman Facebook.

Di dalam rakaman itu terdapat insiden sepanjang tembakan rambang berlaku yang dibuat oleh si penembak. 

Lantaran itu, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi peringatan kepada semua pengguna media sosial di Malaysia agar tidak menyebarkan video insiden tersebut.
SKMM dalam kenyataan media menyatakan, tindakan ini perlu bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku seperti keadaan panik dan marah dalam kalangan rakyat Malaysia.  Dalam pada masa yang sama, SKMM turut bekerjasama dengan semua penyedia perkhidmatan media sosial untuk menurunkan  rakaman berkenaan.
Sebarang perkongsian yang berunsurkan ancaman dan jelik adalah salah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. SKMM memandang serius dengan perkara ini dan bakal mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat.
Sumber : Twitter SKMM

No comments

Powered by Blogger.
a