Header Ads

"Terima Kasih Allah Temukan Insan Sehebat Ini" - Shuib Luah Rasa Syukur Mengenali Jep & Merasakan Ada "Sesuatu" Dalam Gambar Ini


Industri seni tanah air telah melahirkan banyak bakat seperti penyanyi, pelakon, dan tidak lupa juga pelawak. Siapa tak kenal dengan Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad berasal dari Johor Bahru yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Sepah yang sangat terkenal sewaktu rancangan realiti tv Raja Lawak bersama Jep Sepahtu dan Mamat Sepah. Kini, Shuib merupakan ahli duo bersama Jep Sepahtu sahaja dan membawa nama Sepahtu disebut-sebut hingga ke harini.

Hari ini Shuib ada memuat naik status di laman Instagram miliknya, gambar berdua yang diambil sewaktu dalam rancangan televisyen bersama Jep Sepahtu. 

Dia menceritakan dari awal dia menceburi bidang seni sebagai pelawak yang dulu hanya angan-angan sahaja untuk menjadi artis, dan kini angan-angannya menjadi kenyataan selepas dia berjaya melepasi ujibakat untuk rancangan komedi televisyen bersama Jep.

Kenal hampir belasan tahun,dr kami hanya punya cita2 utk semua yg ada skrg,cita2 nak jadi artis tersohor kononnya...😂,Semuanya terjadi dlm sekelip mata.. Semuanya dgn izin Allah swt.Dari kenal masa Audition di Hotel Selesa Johor Bharu,

Shuib juga menjelaskan, nama 'Shuib' itu sendiri bukanlah namanya dan bukan juga nama manja dalam kalangan keluarga mahupun rakan-rakan. Nama tersebut adalah nama 'petik' yang dicadangkan oleh Jep semasa mereka pertama kali menceburi bidang seni. Sehingga kini, nama 'Shuib' terlekat dan disebut-sebut.

Nama “Shuib” dia yg bg dan lekat smpi skrg.. Dia kata nama tu sesuai utk aku...

Keakraban dua sahabat ini, Shuib dan Jep sangat disanjungi kerana masih lagi utuh sudah beberapa tahun. Shuib akui mereka berdua menjalani kehidupan susah payah bersama-sama Jep dan mereka mengharungi dengan tenang dan matang. Dia juga sangat menghargai persahabatannya dengan Jep Sepahtu.

Lalu susah sama2,keje tmpt yg sama,pagi2 jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi,tgk cabin crew tarik beg naik kapal,,,putih mata sbb hanya mampu cakap “hi” 😂... Masih pegang cita2 dan impian yg sama,panjat audition sana sini lebih dr lima!!! Semua tak percaya dan tak pernah percaya yg dua budak ni akan pegi KL dan menetap di KL... Rezeki tak salah alamat,dia smpi mesti smpi,2009 naik KL.

Terlalu banyak perkara yang dikongsi bersama Jep dan merasakan persahabatan mereka semakin matang dari pelbagai sudut

...Semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua2 dah kawin,aku anak 3 dan dia dah kawin dan ade anak jugak...Terlalu byk perkara yg dikongsi bersama,,, Dan yg paling MAHAL adalah persahabatan yg semakin matang dr byk sudut!!! Terima kasih Allah pertemukan dgn insan hebat ini @jepsepahtu ,,, 

Shuib mengakui, dia dapat mengenali Jep dan apa sahaja yang dilalui bersama adalah kenangan yang paling indah buat dirinya.

jarang nak menulis panjang2 sebenarnya, tp gambar ini seakan “sesuatu”...Sesuatu yg pastinya adalah hukum alam... Pasti dan pasti tp tak tau siapa... Tp yg pasti dan pasti,,, siapa pon antara kita pergi dahulu,kenangan kita,susah senang,gelak tawa,bertekak bergaduh,jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini... SAHABAT DUNIA AKHIRAT INSYAALLAH,,, “SEPAHTU.... DUA YG MENYATU” . . #persuibofhappyness #sepahtu






Kenal hampir belasan tahun,dr kami hanya punya cita2 utk semua yg ada skrg,cita2 nak jadi artis tersohor kononnya...😂,Semuanya terjadi dlm sekelip mata.. Semuanya dgn izin Allah swt.Dari kenal masa Audition di Hotel Selesa Johor Bharu,nama “Shuib” dia yg bg dan lekat smpi skrg.. Dia kata nama tu sesuai utk aku...Lalu susah sama2,keje tmpt yg sama,pagi2 jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi,tgk cabin crew tarik beg naik kapal,,,putih mata sbb hanya mampu cakap “hi” 😂... Masih pegang cita2 dan impian yg sama,panjat audition sana sini lebih dr lima!!! Semua tak percaya dan tak pernah percaya yg dua budak ni akan pegi KL dan menetap di KL... Rezeki tak salah alamat,dia smpi mesti smpi,2009 naik KL dan semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua2 dah kawin,aku anak 3 dan dia dah kawin dan ade anak jugak...Terlalu byk perkara yg dikongsi bersama,,, Dan yg paling MAHAL adalah persahabatan yg semakin matang dr byk sudut!!! Terima kasih Allah pertemukan dgn insan hebat ini @jepsepahtu ,,, jarang nak menulis panjang2 sebenarnya, tp gambar ini seakan “sesuatu”...Sesuatu yg pastinya adalah hukum alam... Pasti dan pasti tp tak tau siapa... Tp yg pasti dan pasti,,, siapa pon antara kita pergi dahulu,kenangan kita,susah senang,gelak tawa,bertekak bergaduh,jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini... SAHABAT DUNIA AKHIRAT INSYAALLAH,,, “SEPAHTU.... DUA YG MENYATU” . . #persuibofhappyness #sepahtu
A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Sumber :  Instagram Shuib Sepahtu

No comments

Powered by Blogger.
a