Header Ads

JPJ Pulau Pinang Umum Bakal Lelong Kereta Serendah RM700, Macam-Macam Kereta Ada!


Terbaru, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang kini mengumumkan membuat lelongan kereta yang disita dengan harga serendah RM700!

Menurut iklan tersebut, lelongan akan diadakan pada 24 April 2019.

Harga sekitar RM700 hingga RM13,000.

Menurut sumber Penang Kini, 

Bulan depan 24 April JPJ buat lelongan awam kenderaan yang telah disita di Pejabat JPJ Seberang Jaya. Tengok harga rezab , menarik juga. Sapa ada cash, bolehlah pi cuba bida harga serendah RM700 saja.
Semua kereta jenama luar negara nampaknya. 92 buah kereta pelbagai jenis & model tersedia menanti hangpa semua. Jom kita pi ushar..
*Penjualan buku lelong bermula pada 25 Mac 2019 di JPJ Seberang Jaya. Kepada yg telah membeli, boleh pi lihat kenderaan bermula pada 15 April sehingga 23 April 2019.

Ini adalah senarai kenderaan lelong awam untuk rujukan anda semua bagi yang berminat untuk mendapatkannya. REBUT JANGAN TAK REBUT!




Sumber : Facebook Penang Kini

No comments

Powered by Blogger.
a