Header Ads

"Ishh..Mata Masuk Habuk La Baca Cerita Ni.." - Kisah 'Rider' GrabFood OKU Berkerusi Roda, Gigih Hantar Pesanan Makanan Buat Pelanggan Sebak & Terpaku


Sihat tubuh badan adalah anugerah tak ternilai kerana kita mampu untuk mencari rezeki semampunya tanpa halangan dengan kudrat dan tenaga yang Allah berikan. Kita tidak boleh malas bekerja dengan anugerah yang ada dan sepatutnya menggunakan kesihatan yang ada sebaik mungkin selagi kita masih mampu berbanding orang kurang upaya di luar sana.

Peristiwa menyayat hati telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook iaitu Shahril Jantan apabila berurusan dengan rider Grab Food wanita yang kurang upaya bernama Sumaiyah, hanya dengan berkerusi roda dia gigih mencari rezeki kerana tidak boleh berjalan. Dikurniakan 'keistimewaan' sebegitu bukanlah alasan untuk dia hanya duduk tanpa berbuat apa-apa. 

Kisah ini dimuat naik dan mendapat perhatian ramai sehingga 10,000 perkongsian dari pengguna Facebook yang jugak kagum dengan kesungguhan rider Grab Food itu.

Baca kisah penuh di bawah.

Bila anda fikir, masalah anda adalah masalah terbesar di dunia.

Bila anda fikir penghawa dingin di pejabat anda  tidak sejuk seperti yang anda inginkan.

Bila anda fikir kerja menggunakan laptop atau PC adalah kerja yang perlukan masa yang lama untuk hadap hari demi hari.

Bila anda fikir berjalan ke kedai berdekatan di bawah terik cahaya matahari menggunakan terlalu banyak tenaga.

Semua itu tidak dapat ditandingi dengan kesungguhan rider yang kurang upaya ini demi memenuhi pesanan pelanggan sebaik mungkin hanya dengan berkerusi roda.

Suatu hari, saya membuat pesanan I-Tea bubbletea untuk isteri saya melalui @grabfoodsg. Cawangan rider adalah di Tampines dan akan pesanan itu akan dihantar ke kediaman saya, Reservoir Bedok.

Dengan kereta yang mengambil masa kira-kira 10-12 minit, basikal 15-20 minit, escooter mungkin 12-15 minit.

30 minit berlalu dan saya mula tidak sabar tertanya-tanya di mana bubble tea yang saya pesan. Semasa saya melihat pergerakan rider melalui aplikasi grab food di telefon pintar, ia kelihatan lebih perlahan daripada apa yang saya bayangkan. Saya tertanya-tanya adakah rider ini bergerak dengan menggunakan kenderaan yang lain daripada yang lain.
.
Akhirnya, apabila ikon rider di GPS melepasi tempat saya, saya menyedari bahawa dia (belum pasti lelaki atau perempuan ketika itu) telah masuk ke kawasan tempat letak kereta dan membuatkan saya lebih gelisah. Saya memandang ke arah luar tingkap, memerhatikan apa yang ada depan mata iaitu saya melihat sesuatu yang membuatkan saya terpaku.
.


Sumaiyah, rider yang berkerusi roda menghantar pesanan kepada pelanggan.

Rider Grab Food yang berada di atas kerusi roda bermotor perlahan-lahan bergerak di sepanjang laluan pejalan kaki di hadapan bangunan kami.
.
Saya entah bagaimana mempunyai firasat dari jauh bahawa dia sedang membuat penghantaran untuk apa yang telah saya pesan, lalu saya bergegas pergi mencari dia (rider).
.
Saya pergi ke arahnya ketika dia sampai di lobi lif kediaman saya dan hati saya tersentuh melihat keadaannya. Saya bersembang sedikit dengannya dan bertanya dia adakah dia benar-benar bertolak dari Tampines. Dia mengangguk dan berkata 'Ya'.
.
Saya merasa kasihan dengannya. Saya agak emosi tetapi cuba tenangkan diri kerana Sharlien berada di sebelah saya. Sewaktu dia memberikan minuman yang saya pesan, setelah membuat pembayaran melalui GrabPay, saya dengan cepat ambil dompet dan mengeluarkan wang yang saya ada di dalamnya. Sejujurnya, saya agak terkejut. Saya terdiam.



.
Peristiwa ini memberi saya pengajaran, dan saya berkongsi dengan Sharlein semasa dalam perjalanan ke sekolah hari ini.
.
Masya-Allah. Ketekunan yang rider itu tunjukkan untuk mengatasi cabaran yang dihadapinya. Semoga Allah memberi kekuatan kepadanya, harapan dan rezeki untuk terus menjadi inspirasi kepada orang lain yang sempurna cukup sifat seperti anda dan saya.
.
Terima kasih Sumaiyah.     



Reaksi netizen yang rata-ratanya kagum dengan rider wanita yang kurang upaya ini.







Sumber : Facebook Shahril Jantan

No comments

Powered by Blogger.
a