Header Ads

“Kejutan bakal diberikan..Baru Dicabut Liputan Internet, Bukannya Nyawa” – Respon Sinis 'Umobile' Undang Kecaman Netizen




Zaman moden dan canggih semuanya dihujung jari ni mendatangkan impak besar apabila tiada salah satu medium sama ada, gajet atau liputan internet. Jika diteliti, sekiranya tiada dua benda itu, boleh dikatakan seseorang itu tidak boleh meneruskan aktiviti seharian kerana ianya adalah menjadi keperluan zaman kini dan bukannya kehendak.

Kecoh semalam di media sosial apabila ramai pengguna telco U Mobile mengalami masalah capaian internet dan ini sudah semestinya mencetuskan rungutan dalam kalangan pengguna telco tersebut. Kemudian, pengguna bengang apabila timbul satu kenyataan tidak memuaskan terhadap rungutan dan komplen dari pengguna. Lantas, U Mobile telah menjadi serangan netizen. 

"Baru di cabut liputan internet bukannya nyawa"

"Sila restart Phone anda, sesetengah sudah pun kembali pulih, akan kembali pulih sepenuhnya selewatnya 10 malam nanti"

"Kami sedar akan isu ini dan kerja pembaikpulih sedang giat dijalankan. Dihargai jika boleh 'restart' peranti anda dan pantau prestasinya. Segala kesulitan amatlah dikesali. TK"

Dalam masa pengguna tak senang duduk dek kerana capaian internet gagal, satu page Facebook iaitu Hero Umobile Malaysia telah memuat naik status susulan dengan masalah tersebut. Ia telah menimbulkan kemarahan netizen terutamanya pengguna perkhidmatan itu kerana cara permohonan maaf itu dikatakan berbaur sinis. Difahamkan,page tersebut bukanlah page rasmi U Mobile, tetapi berkemungkinan salah satu ejen telco tersebut.

Status yang dimuatnaik hingga mendatangkan ketidakpuashati pada Netizen

Kenyataan yang mencetuskan ketidakpuastian pengguna telco tersebut telah tular di laman sosial kerana mereka mempersoalkan cara syarikat itu melayan pelanggannya.

Netizen bengang


Sumber : Facebook 

No comments

Powered by Blogger.
a