Header Ads

Kena Suntik Morfin Setiap 4 Jam Sekali, Pemuda Yang Dulunya Aktif, Kini Terlantar Akibat Kanser Tulang & Perlukan Sumbangan Rawatan


Nikmat sihat tubuh badan adalah anugerah terindah dari Allah. Siapa sangka sekarang kita punyai tubuh badan cergas mampu lakukan bermacam-macam aktiviti, kelak kita ditimpa penyakit yang kita sendiri tidak sangka-sangka. Seperti yang dialami oleh pemuda ini, dulu kehidupannya begitu aktif dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sekolah, kini dia hanya mampu terlantar di hospital kerana disahkan menghidap kanser tulang.
Mohd Shafuan Nor Azahar yang menghidap kanser tulang
Untuk pengetahuan semua, adik Mohd Shafuan Nor Azahar adalah bekas pelajar SMK Undang Jelebu, batch SPM 2016. Beliau seorang pelajar yang baik, ringan tulang, suka membantu guru, aktif, bersahsiah tinggi dan sentiasa mendapat pujian para guru.
Antara pencapaian, jasa dan sumbangan Shafuan sepanjang berada di SMKUJ adalah seperti berikut:
1. Kadet Koreksional
  • Johan Kebudayaan sempena Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Kebangsaan pada 2015.
  • Menyertai Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Negeri dan Kebangsaan pada 2012, 2013, 2014 dan 2015 (Sejak tingkatan 1).
2.  Bola Sepak
  • Mewakili Jelebu ke peringkat negeri
3. Sepak Takraw
  • Mewakili sekolah ke peringkat daerah
4. Bicara berirama
  • Mewakili sekolah ke peringkat daerah pada tahun 2013
5. Pengawas sekolah

Hidap Kanser Tulang

Kini, beliau sedang terlantar sakit. Beliau dipercayai menghidap kanser tulang dan sedang menerima rawatan. Beliau terpaksa disuntik dengan Morfin setiap 4 jam sekali untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Kos rawatan dianggar mencecah sehingga RM 70,000. Untuk pengetahuan semua, ibunya juga sedang sakit Stroke.

Selain berdoa, turut dialu-alukan sumbangan berbentuk kewangan. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun milik ayahnya, iaitu:

Nama: Nor Azhar bin Hussin
No. Tel: 0196100773
Akaun: Maybank
No. Akaun: 155069204567

Anda juga boleh membuat sumbangan di akaun milik Mohd Shafuan sendiri, iaitu:
Nama: Mohd Shafuan Bin Nor Azhar
Akaun: CIMB
No. Akaun: 7623226660

Moga Allah memberikan kesembuhan kepadanya dan mengampunkan dosanya sebagai ganti atas segala kesakitan yang ditanggungnya.
Amin.

No comments

Powered by Blogger.
a