Header Ads

(VIDEO) "Kereta Terbang" Malaysia Mampu Singkatkan Perjalanan Dari Rumah Ke Tempat Kerja & Pusat Beli Belah, Tiada Lagi Kesesakan Lalu Lintas


Projek "Kereta Terbang" Nasional telah pun diumumkan pada awal 2019. 

Terkini, ketika di acara Pameran Udara dan Maritim 2019 baru-baru ini, sebuah model kereta terbang telah dinamakan sebagai "Vector" dan mendapat liputan meluas daripada media dan orang awam.

Mempunyai berat 600 kilogram, Vector mampu mengangkut muatan sehingga 200 kilogram selain mampu terbang diantara 30 hingga 90 minit.
Selain itu, bahagian kargo Vector juga boleh ditukar ganti untuk 3 tujuan berbeza iaitu kecemasan dan tinjauan, penghantaran kargo dan membawa penumpang.
Melalui video yang baru dimuat naik oleh Kementerian, model 3D itu dikatakan menjadi bukti bahawa rekaan yang dipamerkan memang berupaya untuk terbang.

Ini merupakan satu evolusi sebagai platform mobiliti udara lokasi-ke-lokasi yang direka untuk menyelesaikan masalah pengangkutan masa depan. Dengan perjalanan melalui udara dari lokasi A ke lokasi B dan tidak dipengaruhi oleh kesesakan lalu lintas jalan raya, sebanyak 75% masa perjalanan dapat disingkatkan.


Difahamkan, kereta ini memudahkan semua kerana anda boleh memulakan perjalanan bermula dari depan pintu rumah dan tiba di destinasi akhir anda. Ianya tidak direka untuk menggantikan perjalanan udara jarak jauh. Setakat nak bergerak dari rumah ke tempat kerja, rumah ke pusat beli belah atau dari rumah ke lapangan terbang tu boleh lah.


Platform ini tidak ditawarkan untuk pemilikan persendirian kerana ia ditawarkan menerusi model perkhidmatan dan diuruskan oleh entiti profesional komersil bagi memastikan keselamatan dan mendapat liputan menyeluruh. 

Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan, teknologi perkhidmatan ini akan diperkenalkan di kawasan luar bandar terlebih dahulu, kemudian baru fokus di kawasan bandar menjelang tahun 2025.

Soalan-soalan yang sering dipersoalkan tentang projek 'kereta terbang' ini & Inilah antara konsep "Vector"






(VIDEO) Model 3D ini dikatakan menjadi bukti bahawa rekaan yang dipamerkan memang berupaya untuk terbang



Sumber : Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan

No comments

Powered by Blogger.
a