Header Ads

"Kulit mereka seperti kuih agar-agar yang bila tersentuh akan luka..terkoyak & jatuh" - Ibu Rayu Sumbangan Kos Untuk 'Barang Dressing' Anak-Anak Penghidap Epidermolysis Bullosa (EB)


Anak yang sihat adalah harapan semua ibu bapa. Tetapi, jika dikurniakan anak yang tidak sihat dan berpenyakit adalah dugaan kepada ibu bapa dan ia merupakan ujian untuk pupuk kesabaran para ibu bapa dalam menghadapinya. Lebih menyedihkan apabila kes seperti ini terjadi kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan kerana mereka perlu mengeluarkan kos pembiayaan rawatan yang tinggi untuk anak-anak mereka yang mempunyai penyakit kritikal.

Seperti status yang dimuat naik di laman Facebook oleh satu page Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel ini, tentang para ibu kepada anak-anak yang sedang menanggung derita penyakit Epidermolysis Bullosa (EB), iaitu Puan Shuhada Bakar (ibu adik Aina) dan Puan Norazilawani Nor ( Ibu adik faris). Sungguh tabah dan kuat kedua-dua ibu ini membesarkan anak mereka yang tidak sesihat kanak-kanak lain.

Ikuti entri penuh di bawah.

Dah buntu..hanya doa dan air mata yang mampu kami buat setakat ini..

"SHARING IS CARING"
.
Assalamualaikum....
Sahabat... saya sebagai seorang ibu... ibu pada anak2 EB.... merayu pada semua sahabat. Untuk bantu anak2 EB saya ni... saya dan ibubapa anak2 EB seramai 19orang yg ada pada saya ni... dah buntu dan tak tau nak cakap apa lagi. Hanya doa dan airmata yg mampu kami buat setakat ini...


Kami nak #BARANG #DRESSING...yang sangat-sangat susah untuk kami dapatakan

Kami tak mintak mainan...baju baru...maknan yg mewah... kami nak #BARANG #DRESSING... yg sangat2 susah untuk kami dapatkan...



"Apa susah...mintak kat hospital..."

"Apa susah... mintak kat hospital..." cukup mudah untuk ucapkn.... cuba mintakkan bagi pihak kami.
"Kan ada jual kat Farmasi..." cukup mudah untuk menyuarakan... cuba carikan Farmasi mana yg ada sentiasa ada stock untuk anak2 kami pakai.


Kulit mereka seperti agar-agar yang tersentuh akan luka...terkoyak

Anak2 EB yg ada pada fitri kebanyakknnya bawah 6tahun... yg tgh nakal...yg ingin mencuba apa yg anak2 lain cuba...
Tapi mereka lain... kulit mereka seperti agar2 yg tersentuh atau jatuh....akan terluka... terkoyak. Seperti adik Faris(gambar).


Itu belum kos barang dressing.... untuk 1bulan...
Kalau nak tau keadaan mereka...cara kehidupan mereka....dekatilah mereka... selamilah hidup mereka. Anda akan tau... pahit perit hidup mereka....😢😢😢"
#Maaf ya... diatas kesulitan. Fb parent anak EB yg dalam gambar ini adalah Shuhada Bakar (ibu adik Aina) dan Norazilawani Nor ( Ibu adik faris)
#Untuk sumbangn...boleh salurkn ke acc ibu #Faris atau ayah #Aina ya...
#Maybank 153104196259
Norazilawani bt Zi(ibu Faris)
162085541395 (#maybank)
Muhamad Nazreen Syah

Bagi yang ingin membuat sumbangan meringankan beban ibu-ibu yang mempunyai anak penghidap penyakit EB ini, boleh membuat sumbangan ke nombor akaun yang tertera. 

Semoga adik-adik ini diberi kesembuhan secepatnya. Amin

No comments

Powered by Blogger.
a