Header Ads

Laksana Beberapa Hukuman Baru : Rejam Sampai Mati Kepada Orang Yang Berzina & Lakukan Seks Sejenis, Pencuri Juga Ada Hukuman Setimpal


Perbuatan zina adalah berdosa besar dan perkara yang tidak boleh diambil ringan, begitu juga seks sejenis (sama jantina). Pesalah yang melakukan kedua kesalahan tersebut perlu dikenakan hukuman yang sewajarnya bagi mengelakkan tabiat hina itu berterusan.

Baru-baru ini, Brunei telah mengumumkan akan mengenakan hukuman rejam sampai mati kepada pesalah zina dan seks sejenis kepada rakyatnya yang beragama Islam. Kemudian pesalah yang mencuri akan dipotong tangan dan kaki.

Hukuman rejam sampai mati untuk zina dan seks sejenis di Brunei akan bermula 3 April iaitu Rabu depan, kata pihak berkuasa negara itu.

Hukuman itu hanya akan dikenakan kepada mereka yang beragama Islam, mengikut undang-undang syariah yang digubal empat tahun lalu tetapi ditangguh pelaksanaannya, menurut laporan agensi berita AFP.

Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Darussalam
Perkara itu dinyatakan notis Pejabat Peguam Negara Brunei bertarikh 29 Disember 2018 dan jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama memaklumkan Sultan Hassanal Bolkiah dijangka mengumumkannya pada 3 April ini.
Hukuman potong tangan atau kaki bagi kesalahan mencuri
Menurut laporan itu lagi, hukuman potong tangan atau kaki bagi kesalahan mencuri juga akan turut dilaksanakan.
Kesalahan mencuri pertama melibatkan tangan kanan dan kesalahan kedua kaki kiri, kata laporan itu lagi.
Semalam, badan hak asasi Amnesty International menggesa negara itu "segera menghentikan" pelaksanaan hukuman baru itu dengan menyifatkannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sumber : Malaysia Kini

No comments

Powered by Blogger.
a