Header Ads

Mati Disebabkan 'Misadventure', Mayat Model Ditemui Dalam Keadaan Bogel - Mahkamah Koroner


Punca kematian model Ivana Esther Robert Smit yang ditemui maut di balkoni unit kondominium CapSquare Residences di sini dua tahun lalu, terjawab selepas Mahkamah Koroner hari ini mengklasifikasikan kematian itu disebabkan ‘misadventure’ (kemalangan).
Koroner Mahyon Talib yang mendengar  prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Ivana, berkata mahkamah mendapati tiada sesiapa terlibat secara jenayah dalam kematian model berusia 19 tahun itu.
Katanya, ‘misadventure’ adalah kematian disebabkan kemalangan melalui perlakuan yang tidak melanggar undang-undang tanpa niat untuk menyebabkan sebarang kecelakaan.
Beliau berkata penemuan mahkamah berdasarkan keterangan-keterangan saksi termasuk pegawai penyiasat yang mana mahkamah mendapati berdasarkan pertimbangan kebarangkalian si mati telah menemui ajalnya akibat jatuh dari tempat tinggi.
Beliau juga bersetuju dengan ahli patologi dari Belanda, Dr Frank Van Der Goot bahawa kematian berlaku sebelum mayat ditemui di balkoni unit tingkat enam dan mayat mula mengalami kekejuran antara 10 atau 11  pagi, 7 Dis 2017.
Model, Ivana Esther Robert Smit

Tanda cengkaman lengan, trauma belakang kepala, botol pecah dan asid deosiribonukleik (DNA) Alex (Johnson) di bawah kuku Ivana Esther.
“Mahkamah mencadangkan terdapat  kemungkinan beberapa pergelutan atau perkelahian berlaku antara Alex, Ivana  dan Luna (Almaz) [Johnson dan Almaz, masing-masing dari Amerika Syarikat dan Kazakhstan, adalah pemilik kediaman di tingkat 20] sebelum kematian Ivana.
Mahkamah juga tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku antara ketiga-tiga mereka. Justeru mahkamah memutuskan kematian Ivana sebagai misadventure,” katanya.
Beliau berkata keputusan itu berdasarkan penemuan fakta dan peruntukan menurut  Seksyen 337 Kanun Tatacara Jenayah.
Inkues dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya selaku pegawai pengendali N. Joy Jothy manakala peguam Sankara Nair mewakili keluarga mangsa dengan 22 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang inkues itu yang bermula pada 8 Ogos 2018.
Akhbar sebelum ini  melaporkan mayat model itu yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol itu ditemukan tersangkut di balkoni sebuah unit kediaman di tingkat enam kondominium di CapSquare Residences di Dang Wangi di sini, dalam keadaan bogel pada 7 Dis 2017.
Difahamkan pada malam sebelum kejadian, mangsa telah keluar berhibur di pusat hiburan bersama Johnson  dan Almaz.
Sumber : BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.
a