Header Ads

(VIDEO) Kronologi kanak-kanak hilang di Langkawi, ditemukan sudah meninggal dunia dua minggu lalu, dipercayai dibunuh


Beberapa hari lalu, berita tentang seorang kanak-kanak perempuan, Nur Aisyah Aleya Abdullah, berusia tiga tahun dilaporkan hilang dipercayai dilarikan sepasang suami isteri yang juga kenalan kepada ibu kanak-kanak itu di Langkawi, di sini.
Hilang dalam jagaan pengasuh
Hari ini, mayat Nur Aisyah Aleya yang hilang ketika dalam jagaan pengasuh hujung bulan lalu telah ditemui di sebuah kawasan hutan di Langkawi hari ini dan dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua minggu lalu.
Rangka mayat kanak-kanak dijumpai di kawasan hutan
Ketua Polis Daerah Langkawi, Suprintenden Mohd Iqbal Ibrahim hari ini mengesahkan telah menjumpai rangka mayat kanak kanak terbabit di kawasan hutan Gunung Raya.

Penemuan itu terbongkar selepas soal siasat dilakukan terhadap kedua-dua suspek yang menjaga kanak kanak terbabit sebaik sahaja ditahan di Ampang pada Selasa selepas dipercayai melarikan diri dari Pulau Langkawi.
Berdasarkan maklumat yang diterima, suspek menyatakan bahawa kanak kanak terbabit mengalami sawan ketika dimandikan dan tidak sedarkan diri.

Salah seorang suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dan meninggalkan kanak kanak terbabit di satu kawasan hutan.

Jelasnya lagi, kedua-dua suspek juga telah dibawa ke Langkawi dari Ibu Pejabat Polis Ampang untuk siasatan lanjut.


Sumber : Astro Awani, Kosmo 

No comments

Powered by Blogger.
a