Header Ads

'Mengadu Susah Bernafas' - Jangan Ambil Mudah, Ini Risiko Bahaya Khidmat Urut Kepala & Tengkuk Selepas Gunting Rambut



Banyak kita lihat di kedai-kedai gunting rambut selepas menggunting, pekerja tersebut akan urut kepala dengan mengetuk sedikit belakang kepala pelanggan hingga mengeluarkan bunyi yang kita kira sebagai sesuatu yang 'melegakan' dan ada pula yang mengurut di tengkuk. 

Hakikatnya, perkhidmatan urut kepala selepas menggunting rambut didakwa telah mengakibatkan seorang lelaki terlantar di hospital. Terbaru, menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, urutan kepala tersebut menyebabkan kecederaan serius di tulang tengkuk sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian saraf.

Seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya. Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk. Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “ meletup” atau “crakk”. Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulan.






Kecederaan saraf


Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan. Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.



Boleh mengakibatkan strok



Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain. Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang. Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dam strok Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.



Tidak digalakkan



Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat tidak digalakkan. Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal.

Sumber : Public Health Malaysia 

No comments

Powered by Blogger.
a