Header Ads

Momen-Momen Cemas Menyorok Dalam Lubang 'Liang Lahad'- Heliza Helmi Kongsi Pengalaman Nyaris Maut Ditembak Peluru Berpandu Di Bumi Palestin


Minggu lalu, sempena minggu Bunga Suria FM, Heliza Helmi dijemput sebagai tetamu untuk berkongsi pengalaman di bumi Palestin bersama DJ radio  Issey, Fizi Ali dan juga Ain Sufia dan juga pendengar Suria FM yang lain. Heliza menceritakan beberapa situasi yang dihadapinya ketika berjihad di tanah Islam itu dan sedang berlaku peperangan ketika itu.

Seperti yang sedia maklum, Heliza banyak melakukan amalan kebajikan di bumi Palestin dan tanah Islam yang lain. Sepanjang menjalani dan berjuang kehidupannya yang penuh dengan rintangan bom pada bila-bila masa sahaja, dia dan ahli kumpulan lain perlu menyiapkan keperluan mental dan fizikal yang cukup. Paling menyayat hati apabila kekuatan mereka tidak dapat ditandingi dengan kekuatan yang ada pada anak-anak kecil di bumi Palestin tersebut yang sentiasa bersedia untuk mati.

Sempena Minggu Bunga Suria ini, Kami bawakan Heliza Helmi untuk berkongsikan tentang kisahnya pergi ke bumi Palestin bersama Issey, Fizi Ali dan juga Ain Sufia. Semoga kita semua dapat ilmu daripada pengisian Heliza Helmi.

Cerita 1 

Terdapat satu situasi di mana mereka pergi ke suatu tempat dan ketika itu sedang berlaku peperangan, diberitahu akan ada peluru berpandu yang berupaya untuk ikut objek bergerak termasuklah manusia. Pertama kali saat mereka turun dari bas, orang Gaza menyambut kedatangan Heliza dan ahli kumpulan yang menjalankan misi kemanusiaan serta mengucapkan 'Selamat datang ke tempat kamu sendiri'. Heliza menjelaskan, orang Gaza tersebut berkata itu adalah tanah mereka juga kerana di sana adalah tanah Islam. 

Kemudian, mereka yang sedia untuk beri bantuan dan motivasi, tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata melihatkan keadaan kanak-kanak di sana yang menjadi mangsa peperangan tanpa kaki dan tangan. Lantas, kanak-kanak kecil di sana meminta agar mereka supaya tidak nangis melihatkan keadaan kanak-kanak tersebut.  Mereka juga berkata tolong jangan kasihani kanak-kanak tersebut kerana Allah uji mereka supaya mereka beringat, hari akhirat itu adalah benar. Kanak-kanak tersebut menyedarkan semua untuk kasihankan kepad orang luar sana yang masih lalai dengan suruhan Allah dan tiada persiapan untuk mati dalam Husnul Khotimah.

Kanak-kanak tersebut juga meminta agar mereka sentiasa bersedia dengan kematian untuk syahid Husnul Khotimah.

Cerita 2 

Sedang Heliza dan ahli kumpulan lain menyertai kanak-kanak kecil di sana bermain bola, dia terkedu dan berhenti main kerana terpaku dengan cara kanak-kanak di sana bermain bola bersama rakan. Mereka bermain bola sambil hafal ayat al-Quran dan menyambung ayat dalam surah-surah tertentu. 

Cerita ke 3 

Heliza melihat ramai kanak-kanak kecil pergi ke sekolah,dan kanak-kanak tersebut menjelaskan bahawa mereka ke sekolah bukan untuk dapat keputusan A atau No 1 dalam pelajaran, tetapi mereka mengikut kata Nabi, iaitu, 'Sebaik-baik orang adalah orang yang boleh beri manfaat kepada orang lain'. Ternyata dunia dan akhirat keduanya memerlukan ilmu.

Detik cemas kemanusiaan

Heliza pergi ke  kawasan yang paling bahaya bersama ahli kumpulan lain iaitu 10 lelaki dan 2 wanita, dan mereka dinasihatkan agar redha untuk sebarang kebarangkalian. Mereka diminta menyerahkan telefon dan terus menaiki sebuah van ke kawasan tersebut. Tiba-tiba, pemandu mengatakan yang terdapat 100 bom akan dilepaskan yang mengandungi objek seperti pisau, kaca, paku dan lain-lain.

Ada satu ketika, terdapat peluru berpandu ke arah mereka dan mereka terpaksa berlari laju untuk masuk ke dalam van, dan van dipandu secara zig-zag kerana terdapat serangan dari banyak arah yang akan dilepaskan bom. 

Kemudian, pemandu bawa mereka ke suatu tempat untuk bersembunyi iaitu liang lahad (kubur) yang boleh memuatkan tiga hingga ke empat orang. Mereka merupakan mayat hidup yang pertama bersembunyi untuk selamatkan diri di dalam kubur tersebut. Kemudian....

Ikuti cerita penuh di dalam video ini...

(VIDEO) Momen-Momen Cemas Di Bumi Palestin Undang Rasa Debar, Sebak DJ Radio & Sangat Meruntun Jiwa



Sumber : Facebook Suria FM

No comments

Powered by Blogger.
a