Header Ads

Pengganas serang masjid di Christchurch pernah masuk Israel selama sembilan hari untuk ...



Suspek utama tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand pernah melawat Israel pada lewat 2016, kata pegawai kerajaannya pada Ahad. 

Pihak Penguasa Populasi dan Imisresen Israel memberitahu Reuters, pemuda Australia bernama Brenton Tarrant, berusia 28 tahun itu telah memasuki Israel pada Oktober 2016 menggunakan visa pelancong tiga bulan dan berada di sana selama sembilan hari.

Tarrant merupakan suspek serangan bersenjata pada Jumaat lalu telah ditangkap selepas mengorbankan 50 nyawa dalam insiden paling berdarah dalam sejarah New Zealand.

Bagaimanapun, pegawai tersebut tidak mempunyai maklumat lanjut berkenaan apa yang dilakukan oleh Tarrant ketika berkunjung ke Israel.

Selain Israel, Tarrant juga berkunjung ke Serbia, Montenegri, Bosnia dan Herzegovina serta Crotia untuk melawat tapak sejarah perang sebelum meneruskan perjalanan ke Eropah Barat pada 2017.

Dia kembali ke Balkans pada November 2018 untuk melawat tempat bersejarah di Bulgaria, Romania dan Hungary.

Sumber : Middle East Monitor

No comments

Powered by Blogger.
a