Header Ads

(VIDEO) Pesawat Jeddah-Kuala Lumpur Berpatah Balik, Kerana Seorang Penumpang Buat Pengakuan Mengejut Tertinggal Anak



Pesawat Saudi Airlines sedang dalam perjalanan ke Kuala  Lumpur, Malaysia, terpaksa berpatah balik selepas seorang ibu membuat pengakuan mengejut bahawa dia baru menyedari bayinya tertinggal di lapangan terbang di mana kapal terbang berlepas.

Penerbangan Saudi Airline yang dinaiki ketika itu sudah meninggalkan Jeddah, Saudi Arabia untuk ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Tetapi, si ibu memohon dan merayu agar dia dapat kembali mengambil anaknya yang tertinggal di lapangan terbang Saudi Arabia tadi.

Suara juruterbang dirakam sewaktu bertanyakan kakitangan trafik kawalan udara untuk memohon kebenaran berpatah balik ke lapangan terbang.

Dalam keadaan yang mengelirukan, juruterbang bertanya kepada kakitangan kawalan trafik udara: "Semoga Allah bersama kita, boleh kita patah balik atau macam mana?"

"Pesawat ini meminta untuk berpatah balik...seorang penumpang terlupa bayinya di ruang menunggu, kasihan dia",

Trafik kawalan udara kemudiannya bertanya kepada juruterbang untuk mendapatkan kepastian apa yang terjadi sebenarnya.

Juruterbang membalas : "Kami dah beritahu, seorang penumpang tertinggal bayinya dan enggan meneruskan penerbangan".


Pengesan penerbangan menunjukkan bagaimana kapal terbang membuat pusingan untuk berpatah balik dengan cepat.

Dan kakitangan trafik kawalan berkata: "Ok, kita akan kembali ke lapangan. Ini betul-betul pertama kali terjadi untuk penerbangan kita!"

(VIDEO) Rakaman suara menunjukkan komunikasi antara juruterbang dan kawalan trafik udara.



Apabila kes ini tular, netizen berpendapat bahawa si ibu tidak sepatutnya dengan mudahnya meninggalkan bayi di lapangan terbang begitu saja.

Sumber : Mirror

No comments

Powered by Blogger.
a