Header Ads

"Saya bukan Imam yang baik", Rashidi, Vanidah akhirnya mengaku bercerai



Telah bercerai pada 9 Ogos tahun lalu

Teka-teki krisis rumah tangga pelakon Rashidi Ishak, 46, dan Vanidah Imran, 46, akhirnya terungkai apabila aktor berkenaan tampil mendedahkan mereka sudah pun bercerai pada 9 Ogos 2018.
Rashidi menerusi Instagram berkata, mereka sengaja merahsiakan perkara itu bagi melindungi dan menghormati perasaan keluarga serta ingin menjaga privasi.
"Saya minta maaf kerana merahsiakan berita dan maklumat ini. Saya dan Vanidah secara rasmi mengakhiri rumah tangga yang dibina selama 17 tahun di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
"Dari lubuk hati paling dalam, saya ingin berterima kasih kepada anda semua yang selalu menyokong kami terutamanya sokongan anda kepada Vanidah, yang berjaya dalam karier dan kehidupannya," katanya.
Pelakon filem Untuk Tiga Hari itu berkata, kegagalan pentadbiran dalam mana-mana institusi adalah disebabkan kelemahan pemimpin dan tidak cekap.


"Saya bukanlah imam yang baik"



"Didorong oleh rasa tidak puas hati dalam tempoh yang lama selain rasa ditindas oleh pemimpin, perubahan adalah apa yang mereka inginkan.
"Dalam perkahwinan, keruntuhan rumah tangga adalah kesalahan imam. Mungkin benar atau sebaliknya tetapi pemimpin yang baik akan selalu bersinar sama ada dalam situasi buruk mahupun baik.
"Saya bukanlah seorang imam yang baik," katanya.

Semalam, Rashidi telah membuat pengakuan tentang penceraiannya dengan Vanidah Imran di laman sosial Instagram miliknya pada bahagian kapsyen.



Salam and may peace be upon you. . On 9th August 2018, I and Vanidah had filed a dissolution of our marriage. And officially in front of Kuala Lumpur Syariah Court’s judge, we have had our legal partnership of 17 years ended by mutual respect and understanding. . My sincerest apologies for withholding this news and information. It was intentional as we were very protective of our family and friends and respecting both families’ feelings, lives and privacy. . I want to thank all of you for always showing your support to us, especially your support to Vanidah, who has beautifully grown and blossomed so much in her career and life. From the bottom of my heart, thank you. . A failed administration in any institution is only caused by a weak and incompetent leadership. And it is spurred by prolonged dissatisfaction, feeling oppressed by the leader. And a change is what they yearned for. In marriages, a crumbled partnership is solely to be blamed by it’s Imam. It may or may not be, but a great leader will always shines through good and bad. I was not, at all a good Imam. . #forgiveme #thankyou (Snapshots taken from Bebobebe)
A post shared by The Rocking Entrepreneur (@rashidi_ishak) on
Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua anak iaitu Mikhail Imram dan Maryam Rashika.
Terdahulu, khabar angin mengenai perceraian pasangan itu diperkatakan sekitar Ogos tahun lalu, bagaimanapun mereka enggan mengulas lanjut.

Sumber : Instagram Rashidi Ishak, Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.
a