Header Ads

Sebab Nak Ikut 'Trend', Remaja Menderita Bibir Bernanah, Bengkak & Demam Panas, Gara-Gara 'Fake Braces'


Rata-rata penjualan barang palsu atau kita panggil 'fake' mendapat sambutan dalam kalangan remaja yang kurang kesedaran dan hanya ingin ikut trend serta terpengaruh dengan penawaran harga yang murah tanpa tahu-menahu risiko dan akibat jika menggunakan barang tidak asli pada anggota badan. 

Seperti perkongsian oleh pengguna Facebook bernama Azila Dentist, beliau berkongsi nasib malang seorang remaja yang memakai braces yang dibelinya di Instagram kerana harganya yang murah semata-mata dan ingin mengikut trend sahaja. Akhirnya dia terpaksa menanggung derita yang dia tidak sangka-sangka.

Baca entri penuh di bawah.

HARGA BRACES YANG SANGAT MURAH
PERLU MUSYKIL..ADA KETIDAKJUJURAN DISITU🤔
Johor Baharu- Seorang perempuan melayu, tiada masalah kesihatan dan hanya alahan pada udang sahaja. Kawan-kawan sekeliling di tempat kerja sudah memakai braces dengan tukang gigi yang dikenali melalui instagram..


Pakai tanpa tujuan, hanya nak ikut trend
Setelah beliau melihat perubahan yang berlaku pada gigi kawan-kawan, membuatkan diri teruja hendak memakai braces juga.. Dengan harga serendah RM190, gigi menjadi cantik dan rapat, setiap bulan tukar chain sama seperti pakar pergigian orthodontic lakukan…mereka pakai tanpa tujuan, hanya suka-suka dan mengikut “trend” semasa anak-anak muda masa kini.



Gigi dicuci dengan cecair biru dan rasa sangat pedih
Bermulalah sejarah hitam adik ni..😓Beliau menghubungi fake dentist ini dan temujanji diatur. Fake dentist datang ke rumah, rawatan dimulai dengan cuci...menurut ceritanya gigi dicuci dengan sejenis cecair berwarna biru, dan berasa sangat pedih dan sakit.😖

Lepas satu minggu bibir dan muka mula membengkak, serta demam
Selepas 1 minggu pemasangan braces, bibir mula bengkak dan muka juga turut bengkak beserta demam (rujuk foto).. Adik ini menghubungi "fake dentist" tersebut tetapi jawapannya.. itu memang prosedur biasa selepas pemasangan braces..

Tidak mahu ambil risiko buka 'fake braces'
Adik ini pergi ke klinik kerajaan bahagian perubatan, beliau di rujuk kes ini kepada bahagian pergigian. Pihak pergigian klinik kerajaan tidak dapat menanggalkan braces tersebut kerana mereka tidak mempunyai peralatan untuk "debond" atau buka braces. Lagipun mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko untuk membuka “fake braces”, ini prosedur KKM. Pada masa itu adik ini juga belum bersedia untuk membuka braces nya.


Kebetulan cuti panjang iaitu sempena perayaan Tahun Baru Cina, beliau bercadang mahu membuat temujanji untuk membuka braces di klinik gigi swasta. Malangnya banyak klinik gigi yang tutup.

Bibir mula bernanah
Pada masa itu bibir mula bernanah, demam panas tak boleh bangun selama 3 hari!!!
Beliau pergi pula ke klinik kesihatan dan sampel darahnya diambil. Keputusan ujian darah sahih ada jangkitan kuman melalui "fake braces" dan bukan disebabkan pemakanan udang beberapa hari sebelum kejadian. Beliau di tahan di wad selama 2 hari.. Menderita sangat...😭😭😭
Setelah selesai CNY, beliau pergi klinik pergigian swasta yang buka, pada masa itu doktor gigi swasta yang membuka fake braces tersebut dan bayaran rawatan yang dikenakan RM650.


Berbaloi ke keluar modal RM190 untuk fesyen gigi Tapi hasilnya menderita kesakitan dan DUIT TERBANG💸💸💸 RM650.
Baguslah bagi income lebih kepada kami.. doktor gigi swasta ya 😊.. tapi anda yang menderita. Fikir-fikirlah adik-adik dan ibu bapa sekalian..

Sila buat aduan mengenai apa-apa masalah kesihatan ke SISPAA KKM
Please semua, sekiranya ada kes mengenai medical/dental/farmasi atau apa-apa berkaitan KKM..Sila buat ADUAN ke SISPAA KKM.
Bagi sekali link FB dan IG dia. Sekali dengan screenshots.
Kalau kita tak report, KKM takkan tahu.
Ayat simple je. Ini contoh..
'Saya ingin membuat aduan tentang rawatan Pergigian yang dijalankan oleh seorang individu bernama ___________ yang berada di lokasi ___________.
Saya percaya yang dia bukan seorang doktor gigi bertauliah, tidak berdaftar dan tidak berlesen dengan MDC tetapi dia dengan sewenang-wenangnya memberikan rawatan pergigian kepada kliennya.
Saya meminta KKM menyiasat dakwaan saya ini kerana saya bimbang terdapat penyelewengan dan penipuan yang mungkin berlaku di premis itu yang dilakukan oleh individu yang tak berkelayakan.'
Ringkas. Mudah. Senang. KONGSIKAN.
Kita mesti bersama-sama usaha nak hentikan makhluk "FAKE" macam ni. Jangan hanya komplen di Media Sosial sahaja. Kita kena buat tindakan susulan. Ini tanggungjawab sosial kita.
Ni link untuk SISPAA KKM. Thanks.
http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Sumber : Azila Dentist 

No comments

Powered by Blogger.
a