Header Ads

Tembakan dalam masjid : Penembak rancang serangan & tulis manifesto sebelum mulakan tembakan ketika Solat Jumaat hingga 40 terbunuh



Serangan tembakan rambang di dalam masjid di tengah Christchurch, New Zealand sehingga menyebabkan 40 orang awam terbunuh telah dilakukan oleh penembak warga Australia menggemparkan seluruh dunia dan juga menjadi sejarah terburuk negara itu menurut Perdana MenteriJacinda Arden.

BACA JUGA : Tembakan dalam masjid : Suspek buat 'LIVE' di Facebook sepanjang lepaskan tembakan & dedah wajah, rakyat Malaysia antara mangsa serangan

Satu manifesto berlatar belakangkan perasaan anti-pendatang berjudul ‘The Great Replacement’ sepanjang 73 muka surat dikongsi secara berleluasa di media sosial selepas ia dikaitkan dengan penembakan di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand pada Jumaat.

Lelaki itu turut memuat naik 73 muka surat yang mengandungi pelbagai berkenaan tentang serangan yang dia lakukan dan alasan mengapa dia melakukan keganasan itu.

Krisis penghijrahan warga luar ke dalam negara secara besar-besaran merupakan serangan terhadap orang-orang Eropah yang, jika tidak dihentikan, akhirnya akan menyebabkan bangsa Eropah diganti dan hilang sepenuhnya," antara nota yang terkandung dalam manifesto berkenaan.

Manifesto itu yang ditulis oleh Brenton Tarrant, warga Australia yang dipercayai sebagai salah seorang penembak di masjid berkenaan, menceritakan kebimbangan mengenai kehilangan kaum dan bangsa Eropah akibat daripada penghijrahan warga luar ke New Zealand.



Muka surat hadapan manifesto berkaitan keseluruhan serangan. Foto - The Great Replacement, Scribd.com

Antara salah satu muka surat dalam manifesto itu yang menyatakan latar belakang dirinya dan punca tembakan dilakukan. Foto - The Great Replacement, Scribd.com

Ia semua berlaku melalui penghijrahan. Ini penggantian etnik. Ini penggantian bangsa. Ini penggantian kaum,” tegas Brenton.


Penduduk di New Zealand merangkumi lebih 200 kumpulan etnik.

Namun, jika melihat kepada statistik penghijrahan ke New Zealand, angka berkenaan telah menurun pada tahun 2018 dan 2017 berbanding 2016.

Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh StatsNZ, pendatang luar negara menurun daripada 58,400 ke 56,230 pada hujung Disember 2018.

Walau bagaimanapun, perasaan anti-pendatang itu kian meningkat, bukan sahaja bagi individu-individu seperti Brenton, namun juga boleh dilihat dalam undang-undang bawah kerajaan Parti Nasional.



Antara salah satu muka surat dalam manifesto itu yang menyatakan perancangan masa, waktu suspek melepaskan tembakan. Foto - The Great Replacement, Scribd.com

Antara salah satu muka surat dalam manifesto itu yang menyatakan faktor-faktor serangan dilakukan di New Zealand itu. Foto - The Great Replacement, Scribd.com

Pada tahun 2017, kerajaan New Zealand memperkenalkan beberapa sekatan terhadap kemasukan pendatang luar, seperti menaikkan gaji minimum untuk mendapat visa serta meningkatkan kesukaran untuk lulus peperiksaan Bahasa Inggeris.


Brenton telah dinamakan sebagai salah seorang suspek yang bertanggungjawab untuk sekurang-kurangnya 40 nyawa terkorban dalam tembakan rambang yang berlaku di dua buah masjid di Christchurch sewaktu solat Jumaat hari ini.

Serangan itu, yang menurut polis telah dilakukan oleh empat orang suspek, turut dirakam oleh Brenton dalam video yang disiarkan secara langsung kepada Facebook melalui kamera badan dan boleh digambarkan seolah-olah menyerupai gaya permainan menembak PUBG.

Buat masa ini, polis telah menangkap tiga suspek dan masih mencari seorang lagi suspek yang melarikan diri.


Sumber : sbs news, Astro Awani 

No comments

Powered by Blogger.
a