Header Ads

'Tergamam tengok leher dijerut dengan kain, kening & dagu dikelar' - Perompak Guna Taktik 'Lori Sampah' Semata-Mata Nak Pecah Masuk Rumah


Perompak semakin bermaharajalela di serata tempat tidak kira di rumah mahupun di luar. Biasa perompak akan menyerang dengan melulu dan bersenjata, kali ini lain pula ceritanya apabila perompak menggunakan taktik licik dan boleh dikatakan 'baru' kerana memperdaya mangsa menggunakan muslihat 'lori sampah'. 

Perompak akan mengatakan kepada orang di dalam rumah bahawa kononnya kereta di parking luar rumah telah dilanggar oleh lori sampah. Lalu, ini akan membuatkan orang di dalam rumah panik dan terus buka pagar serta keluar dari rumah untuk melihat keadaan kereta. Lantas, peluang keemasan saat pintu pagar dibuka, si perompak akan melulu pecah masuk rumah dan memulakan rompakan.

Seorang wanita Siti Afipah Harun baru pulih dari trauma apabila anak buahnya sewaktu mengasuh anak-anaknya di rumah telah menjadi mangsa rompak 'lori sampah' dan berada dalam keadaan kritikal akibat cedera parah apabila ketiadaannya di rumah.

Baca cerita penuh di bawah.

Biasa baca kisah orang lain, kali ini, berlaku pada keluarga sendiri, Allahuakbar

Assalamualaikum.. Minta jasa Baik Anda semua viralkan sebagai peringatan dan langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan keluarga kita dan orang ramai.

Allah, Allah Allah..Astaghfirullahaladzim..

Tak tahu nak mula dari mana. Biasa terbaca kisah orang lain, kali ini, berlaku pada keluarga sendiri. Menggigil seluruh badan. Allahuakbar. Saya betul-betul tak kuat...harini baru saya mampu bercerita.. dan maaf kepada yang wasap saya tak dapat balas sorang2..


Rumah dimasuki perompak beberapa hari lepas

Rumah saya dimasuki perompak beberapa hari yang lepas. Kejadian berlaku pada 01/03/2019 hari jumaat yang saya sendiri tak pasti pukul berapa. Lokasi di Apartmen Dahlia, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.


Pelik pintu hadapan terbuka, rumah bersepah, ada sedikit kesan darah tepi bilik air

Saya balik dari kerja jam 6.50 petang, mula-mula sampai rumah dah rasa pelik bila tengok pintu hadapan terbuka dan dua orang anak saya yang berusia hampir 5 tahun dan 1 tahun 1 bulan sedang bermain dan menonton tv di ruang tamu dengan keadaan rumah agak bersepah dan terdapat sedikit kesan darah di tepi bilik air.. 


Mana Mek Nor?

Saya dah mula memikirkan yang bukan-bukan lalu bertanya kepada anak di mana ‘Mek Nor?” (panggilan saya kepada anak buah tersebut.) Mek nor merupakan anak buah dan pengasuh kepada anak-anak saya. Bila diberitahu ada di dalam bilik air, saya segera melulu ke sana.

Tergamam. Lidah Kelu bila melihat anak buah .....

Ya Allah! Tergamam, Lidah kelu. Saya meraung-raung apabila melihat anak buah yang hampir separuh nyawa berlumuran darah berada di dalam bilik air. Dalam keadaan leher dijerut dengan kain, dan dikelar di bahagian kening, dagu, yang saya percaya menggunakan pisau pemotong daging ayam.. tergamaknyaa!!!


'Jangan tinggalkan dia sorang-sorang di rumah lagi'



Keadaannya kini masih belum stabil, tidak dapat bertutur dengan jelas baru selesai operation pada hari sabtu lepas. Setiap kali dapat melawatnya dia akan cakap,’ Jangan tinggalkan dia sorang-sorang di rumah lagi’. Allah… saya tak dapat bayangkan apa yang berlaku padanya sepanjang hari kejadian.


Taktik baru perompak : Kononnya kereta dilanggar dengan lori sampah, lalu anak buah panik & segera buka pintu gril untuk lihat keadaan kereta. Kemudian....

Cara yang digunakan oleh perompak untuk masuk ke rumah saya dengan mengatakan kereta saya yang berada di parking kena langgar dengan lori sampah, menyebabkan anak buah saya panik dan segera membuka pintu grill untuk melihat keadaan kereta. Selepas itu, perompak tersebut segera menolaknya ke dalam rumah dan menumbuknya bertubi-tubi ke bahagian perut dan memukulnya di kepala.


Antara barang yang diambil

Laporan polis sudah dibuat. Antara barang yang diambil seperti hp , purse dan barang kemas milik Nor... Saya terima dengan redha segala musibah atau ujian yang berlaku pada kami sekeluarga.




Perompak sekarang semakin licin

Cuma satu pesanan sebagai peringatan, perompak sekarang semakin licik dan mereka akan gunakan bermacam trik. Kita harus peka dan waspada sentiasa.


Mangsa mohon sesiapa mempunyai info tentang perompak tersebut, sila kemukakan

Saya mohon, mohon sangat-sangat sekiranya ada info berkenaan perompak tersebut tolong bantu kami untuk tangkap pelakunya.


Doakan kami sekeluarga. Hanya Allah tempat kami berlindung.

No comments

Powered by Blogger.
a