Header Ads

(VIDEO & GAMBAR) Tanda solidariti mangsa Christchurch, ribuan manusia berkumpul di luar Hagely Park waktu solat Jumaat di Christchurch



Hari ini lautan penduduk New Zealand bersatu hati berkumpul ketika solat Jumaat di luar masjid Hagely termasuk Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Sekurang-kurangnya 50,000 orang telah datang berkumpul sebagai tanda solidariti kepada mangsa-mangsa serangan pengganas Christchurch sebentar tadi.
Sesi bertafakur selama dua minit turut dijalankan di sekitar pusat Hagley di Chritchurch sebelum solat jumaat dilaksanakan.
Imam solat Jumaat membuat sedikit ucapan dan selitkan ucapan berterima kasih kepada Perdana Menteri New Zealand iaitu Jacinda Ardern kerana menghormati orang Islam dengan memakai tudung ringkas.
"Terima kasih untuk tangisan....."

Terima kasih untuk tangisan. Terima kasih untuk haka anda. Terima kasih untuk bunga-bunga. Terima kasih untuk cinta dan keprihatianan anda".kata Imam dalam ucapannya.

Imam juga berterima kasih kepada Ardern. Ini adalah suatu kebanggaan yang besar setakat ini.


"Terima kasih untuk sikap kepimpinan anda, ia menjadi pengajaran kepada pemimpin sedunia, terima kasih kerana erat dengan keluarga kami (keluarga Islam) dan menghormati dengan menyarung tudung di kepala. Terima kasih untuk kata-kata dan tangisan keprihatinan. Terima kasih kerana menjadi salah seorang daripada kami".


(VIDEO) Ucapan Ardern dan laungan azan solat Jumaat






(VIDEO) Lautan manusia ketika solat Jumaat hari ini




(GAMBAR) Sekitar solat Jumaat di luar masjid Hagely











Sumber : The guardian

No comments

Powered by Blogger.
a