Header Ads

(VIDEO) "Kubur Papa Dekat Shah Alam. Mana Muhammad tahu kubur Papa dekat situ?" - Perbualan Isteri & Anak Pramugara Pesawat MH370 Berusia 5 Tahun Undang Sebak



Hari ini, genap lima tahun misteri kehilangan pesawat Malaysia Airline MH370 yang menimbulkan tanda tanya tanpa henti di mana keberadaan pesawat tersebut lebih-lebih lagi kepada waris kepada mangsa pesawat MH370 yang tidak ditemukan. Ini menjadi sejarah pertama dan terbesar dalam penerbangan dunia kerana belum pernah berlaku di mana-mana negara. Allahuakbar semoga kebenarannya dapat diketahui juga akhirnya nanti sama ada cepat atau lambat.


Namun ingatan waris mangsa pada insan tersayang yang ditunggu-tunggu tidak pernah pudar. Jika benar sudah terkorban, mana kuburnya? Jika kesemua mangsa pesawat MH370 masih hidup, di mana mereka berada?


Isteri kepada pramugara pesawat malang itu, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan iaitu Intan Maizura Othman, 38 atau lebih mesra dikenali sebagai Intan, mereka dikurniakan dua cahaya mata , Iman, 19 dan Muhammad, 5, turut memberi kesan kepada anak beranak itu. Lebih menyedihkan, ketika kehilangan pesawat ini berlaku, wanita ini sedang mengandungkan anak bongsunya itu dan kini sudah mencecah usia 5 tahun.


Menerusi laman sosial Instagram pada awal pagi hari ini, Intan ada memuat naik video perbualannya bersama anak bongsunya, Muhammad mengenai ayah kepada si kecil itu dengan panggilan 'Papa'.


Intan           : "Muhammad kalau jumpa Papa, Muhammad nak cakap apa?"


Muhammad : "Muhammad sayang Papa, Muhammad nak tahu 
                                        Muhammad punya Papa mana."

Intan           : "Sekarang Papa dekat mana?"


Muhammad : "Papa dekat kubur."


Intan           : "Kubur Papa dekat mana?"


Muhammad : "Dekat Shah Alam."


Intan           : "Mana Muhammad tahu kubur Papa dekat Shah Alam?"


Perbualan terhenti dan Intan meminta anak bongsunya, Muhammad untuk membacakan surah Al-Fatihah buat 'Papa' nya.



Intan dan Muhammad, anak bongsu yang berada dalam kandungannya pada tahun pesawat dilaporkan hilang


Masuk tahun kelima kehilangan suaminya, Intan reda dengan ketentuan Ilahi dan bersyukur kerana diberi kekuatan untuk mengharungi keadaan yang menimpanya.



Intan cekal meneruskan hidup bersama dua orang anaknya, walaupun tanpa suami di sisi

"Disyukuri dengan anak perempuan dan anak lelaki yang comel dan berdikari. Kedua-duanya amat merindui kamu. Mereka kirim salam kepada kamu. 

"Ia tidak pernah mudah untuk saya mengendalikan segala-galanya sendiri tetapi saya perlu melihatnya secara positif. Ambil yang negatif dan menjadikannya positif," katanya menerusi catatan di laman sosial Instagram miliknya.

Intan turut bersyukur kepada Allah SWT kerana menjadikannya lebih kuat dan gembira berdepan dengan cabaran-cabaran setiap hari tanpa di sisi suami.  

"Luka dan kesedihan saya tidak dapat dibandingkan dengan wanita malang yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan untuk anak-anak dan keluarganya; ibu tunggal yang tidak mempunyai perlindungan untuk duduk dan tidur serta ramai lagi di luar sana yang masih bergelut dengan keganasan suami.

"Saya masih tersenyum, masih ketawa tetapi saya kurang menangis. Tidak akan biarkan anak-anak melihat Mama mereka menangis di saat saya menggalakkan mereka supaya gembira dan kuat," ujarnya.


Mendoakan suaminya setiap hari, Intan memberitahu, Yang Maha Esa mengetahui segala-galanya dan sebaik-baik perancangan adalah daripadaNya.

"Kamu tidak pernah lenyap daripada ingatan saya B. Kamu dan kenangan manis kamu selamanya akan bersama kami selama-lamanya. Assalamualaikum B.... kami merindui kamu B, amat merindu kamu," katanya.



Status menyentuh hati yang dimuat naik oleh Intan, mengenangkan genap 5 tahun suaminya tiada di sisinya dan anak-anak



8th March 2019 ❤️✈️ . It's the 5th year of not knowing where you about . I am redha with all this.. And I know that you in a good place. Alhamdulillah.. I am blessed and thankful to Allah for all His help, blessings and guidance for me to cope with everything. Blessed with an adorable and independent daughter and son. They both miss you a lot. They send their regards to you. Its never easy for me handle everything on my own however I have to look at this on the positive side. Take the negativity and turn it to positivity. My pain and sadness are incomparable with the unfortunate women who don't have money to buy food for her children's, for her family. the single mother who doesn't have a shelter to sit and sleep and many more out there whom still struggling with an abusive husband etc.. I am truly thankful to Allah for making me even stronger and happier facing the everyday challenges despite not having you around..I still smile, I still laugh but I cry less. Not gonna let the kids seeing mommy crying while I'm encouraging them to be happy and strong. I pray for you every day and night. The Almighty knows everything and He will take care of everything too.. you never vanish from my brain B. You and your sweet memories will forever be with us till eternity. Assalamualaikum B.... We miss you B.. Miss you a lot ❤️🌹❤️ #alhamdulillah #prayformh370 #prayforrainmh370 #rememberingmh370 #throwbackpicture #frankfurt


Mohd Hazrin merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MH370, yang hilang kira-kira sejam selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam penerbangan ke Beijing, China, pada 8 Mac 2014.


Video perbualan antara Intan dan anak bongsunya, Muhammad


Sumber : mstar

No comments

Powered by Blogger.
a