Header Ads

(VIDEO) Main Campak Keju Ingat Lawak Ke? #CheeseChallenge Dengan Macam-Macam Memek Muka Pengaruh Netizen


Dah kenapa netizen ‘gila’ melempar kepingan keju ke muka anak masing-masing yang rata-ratanya baby lagi? Cabaran keju atau #cheesechallenge pula trending di laman sosial, dirakam memek muka baby masing-masing apabila dilempar kepingan keju pada mukanya. Ada yang tersentak lalu nangis, ada yang blur-blur, ada juga yang buat muka comel.
Saksikan kompilasi #cheesechallenge di bawah daripada perkongsian netizen di laman sosial yang trending di seluruh dunia. Kelakar habis!


Cabaran berkenaan difahamkan bermula dari seorang pengguna Twitter, Yungholmes VE. Individu itu memuat naik reaksi seorang bayi dikatakan adiknya yang terkejut apabila dicampak kepingan keju ke muka.
Video berkenaan mendapat puluhan ribu perkongsian dan mendapat lebih 8 juta tontonan dan mengundang netizen lain untuk meniru cabaran mereka.
Pengguna Twitter itu kemudiannya memadamkan video berkenaan dan mengaku video dimuatnaik sebelum itu sebagai satu lawak.
Netizen kemudian ‘tercabar’ untuk membuat perkara sama ke atas anak masing-masing. Bukan setakat baby je yang jadi mangsa #cheesechallenge, kucing pun turut serta!



Macam-macam memek muka ada!













Sumber : Instagram #chessechallenge

No comments

Powered by Blogger.
a