Header Ads

(VIDEO) 'Netizen Malaysia ni cepat sangat' - Ini sebabnya Misteri Dilaila ada 2 'ending'



Pengarah Misteri Dilaila, Syafiq Yusof menjelaskan pada mulanya pihaknya merancang untuk mengumumkan dua kesudahan filem itu selepas seminggu tayangan.

Bagaimanapun, oleh kerana kecerdikan netizen di Malaysia yang dapat menonton kedua-dua versi kurang daripada tempoh berkenaan, Syafiq terpaksa umumkan terlebih awal.

"Pada mulanya saya nak umumkan seminggu selepas filem Misteri Dilaila masuk pawagam.

"Sebab target saya hari pertama, kedua dan ketiga orang tak tahu lagi. 

"Tetapi, netizen di Malaysia sangat pantas! Hari ketiga dah jumpa versi satu dan versi dua. Jadi, saya kena cepatkan sikit," katanya menerusi sepotong video temu bual yang tular di media sosial.

Mengapa ada dua kesudahan (ending) yang berbeza?

Syafiq juga menyatakan dua sebab mengapa filem Misteri Dilaila mempunyai dua kesudahan berbeza.

"Orang selalu cakap saya selalu buat plot twist, jadi saya perlu fikirkan plot twist apa yang tak pernah saya buat.

"Fikir punya fikir, ianya sukar! Buat plot twist sehebat manapun, dua atau tiga daripada 10 penonton mesti akan dapat teka.

"Jadi, saya buat filem ini ada dua versi! Tekalah macam mana pun mesti tak betul.

"Kemudian, saya nak cuba sesuatu yang baru. Apabila berbincang dengan pihak pengedar, kami mendapat kata sepakat.

"Ini sebenarnya satu eksperimen. Tak tahulah macam mana outcome," tambahnya yang berharap penonton berpuas hati dengan filem arahannya itu.

Misteri Dilaila mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser. 

Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang. 

Imam Aziz (Namron) muncul dengan berita gembira. Dia memberitahu, isterinya sudah ditemui dalam keadaan selamat. Jefri bagaimanapun terkejut wanita yang muncul bersama Imam Aziz bukan isterinya. 

Wanita itu mengakui dirinya Dilaila. Persoalan mula bermain di fikiran, siapa betul dan salah dalam situasi berkenaan. Mampukah Jefri merungkai misteri kehilangan isterinya.

(VIDEO) Ketika menemu ramah pengarah filem Misteri Dilaila tentang 2 versi ending




Sumber : Astro Awani

No comments

Powered by Blogger.
a