Header Ads

"Kalau tak mati, boleh cacat seumur hidup, dan .... " - Israel langgar undang-undang guna 'bom bunga api' serang Palestin


Baru-baru ini, Israel buat ke berapa kalinya melakukan kekejaman ke atas Gaza dan penduduk sekitarnya lantas mendapat tumpuan seluruh dunia. Media Israel membuat kenyataan bahawa sebanyak 70 bedilan roket telah dilancarkan ke bumi Gaza dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Lebih zalim lagi apabila Israel menyasarkan bom ke ibu pejabat Hamas, kawasan awam dan kawasan pertanian.



Namun, apa yang lebih kejam lagi adalah serangan Israel yang melancarkan Bom Fostor Putih ke wilayah Palestin, di mana tindakan ini telah melanggar sekatan dunia yang mengharamkan penggunaan bom kimia tersebut. Itu lah tindakan yang dilakukan oleh Zionis Israel baru-baru ini!




Willie Pete aka Bom Fosfor Putih, zat kimia sensitif dengan udara dan boleh jadi senjata yang paling beri impak besar.



Nama lain bagi bombom fosfor putih adalah dipanggil juga sebagai White Phosphorus atau Willie Pete. Cara untuk kenali jenis bom ini adalah ia akan menjadi kembang putih ketika ia dilancarkan ke udara. Jika dilihat dari jauh saat bom ini meletup, ia umpama bunga api yang selalu kita lihat sewaktu sambutan tahun baru. Cuma bezanya ialan untuk tujuan membunuh.



Menurut Remaja, bom fosfor putih ini disebut sebagai Willie Pete kerana zat kimianya yang mudah terbakar. Bukan itu saja, ia juga mudah menyala api sekiranya terkena udara. Oleh sebab itu, hak asasi manusia telah mengharamkan penggunaannya.





Israel yang berdegil dan melanggar peraturan semasa ini adalah bukan kali pertama dilancarkan, tetapi mereka sudah menggunakannya sejak tahun 2009 lagi.

Jika tak mati, mangsa serangan boleh hangus badan hingga ke tulang, dan cacat kekal seumur hidup. Allahuakbar!

Serpihan fosfor putih mampu bawa maut, daging hangus sampai tulang dan boleh akibatkan mangsa serangan Israel boleh cacat selama-lamanya.

Bom jenis ini pernah digunakan ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua sehinggakan boleh membawa maut.




Dilaporkan jika terkena serpihannya sekalipun boleh akibatkan cacat kenal kerana kulit boleh terbakar selain daging bawah kulit akan hangus.

Semoga rakyat Palestin dijauhkan dari segala kezaliman zionis Israel dan sekiranya mereka sedang menderita, berilah mereka kekuatan dan ketabahan mengharunginya. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang teraniaya.

Sumber : Remaja

No comments

Powered by Blogger.
a