Header Ads

"Ayah Meninggal Dunia...Mak Saya Lari" - Wanita Ini Dedah Kisah Keperitan Hidup Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik Yang Dijumpai Tepi Jalan


Tidak semua orang di dunia ini bernasib baik dan mempunyai kehidupan yang selesa. Ada yang terpaksa melalui bermacam liku kehidupan di usia masih muda. Di saat rakan-rakan lain dilimpahkan kasih sayang dan dibesarkan dengan keperluan yang cukup oleh ibu bapa mereka, ada yang berduka meneruskan kehidupan bersendirian.


Seperti perkongsian wanita ini, dia telah berjumpa kanak-kanak ini ketika berjalan kaki pulang ke sekolah. Apabila ditanya,.....wanita ini terus membuat keputusan untuk membantu kanak-kanak ini kerana beberapa hal.


Ikuti kisah penuh di bawah.


Dari pagi tak makan

Gambar hiasan

Adik ni tadi saya jumpa tepi jalan..tengah jalan kaki nak balik rumah dari sekolahnya. Saya tengok macam nak hujan, so saya berhenti la tanya dia nak pergi mana. Dia kata nak ke Mydin, saya macam terkejut jugak, sebab jauhnya dia nak jalan dari sekolah sampai Mydin dengan bawa beg sekolah berat tu. Saya tanya la buat apa nak gi Mydin, kenapa tak balik rumah? So dia jawab
“Abang saudara ambil saya dari Mydin untuk balik rumah, abang saudara bawa kilang, kalau saya lambat abang tak boleh ambil saya. Nanti saya kena jalan kaki balik rumah, jauh aunty, saya lapar..Dari pagi tak makan apa-apa”
Yelah dah pukul 3.30 pm, memang lapar budak ni kan, anak saya sendiri pun balik sekolah mintak makan, inikan dia dari pagi sekolah. Pastu kelas tambahan pulak untuk UPSR. Saya ni dah jadi mak kan, mesti lah saya nak tanya dia pasal mak ayah dia.


Terpaksa jalan kaki jauh nak balik sekolah

Gambar Hiasan

Mana mak? Mana ayah? Kenapa biarkan dia jalan sorang-sorang jauh macam ni, ikutkan dari sekolah nak jalan kaki sampai rumah dia tu boleh makan masa 2 jam 30 minit baru sampai. Tapi..kalau bawa kereta je dah sampai..
Ayah mati aunty..mak lari..saya tinggal dengan dato sama nenek..dato sakit jantung..nenek sudah tua..” Kau dengar ayat ni kau tak terkejut ke? Ya allah…kau pertemukan aku dengan budak ni untuk ape? Kau nak uji ke?
Mak lari waktu saya umur 6 tahun..sekarang saya sudah 12..ayah mati waktu saya 1 tahun..mak tinggalkan saya depan rumah nenek..mak lari mau kawen lelaki lain..”
Aunty..saya lapar, saya belum makan 1 hari aunty..” “Okok..saya bwk awak pergi makan tapi awak ikut aunty hantar barang sekejap ye sebab aunty kena jumpa orang ni..” Dia pun setuju


Nenek bela 6 orang cucu

Gambar hiasan

Saya bawa dia makan Drive Thru Mcd. dia kata tak pernah makan ni. Aduh, hati saya hancur, dia pun mula cerita hari-hari bawak wang RM1 je ke sekolah. Kadang-kadang kalau penat, lapar dan dahaga dia akan tumpang tidur depan Mydin tu..RM1 tu dia buat beli roti and air waktu rehat. Pastu habis lah duit tu, kadang-kadang senja baru sampai rumah..padahal sekolah habis jam 1pm
Saya buat keputusan tak nak hantar dia sampai mydin, nak hantar sampai rumah terus. So, saya dapat jumpa nenek dia, memang dah tua. Nenek dia bela 6 orang cucu, mak and ayah kepada cucu tu semuanya, entah lah, saya tak dapat nak cerita panjang pasal ibu bapa budak ini.

Harap bantuan orang ramai
Gambar hiasan

Nenek ni cuma mengharapkan bantuan kebajikan je..pastu dapat bantuan kiss RM200..dapatlah beli-beli barang sikit, sewa rumah rm700.. itu pun sedaya upaya la mencari..sambil anak lelaki yang sorang tu kerja bawak van kilang, dapatlah ringankan sikit beban..selebihnye jiran-jiran tolong bagi makanan,sabun,or ape2 lah bentuk sumbangan. Tapi takkanlah hari-hari orang yang sama nak bantu kan?
Saya bukan nak meraih apa-apa pun sebenarnya tapi kalau ada antara anda yang membaca ni terasa nak hulurkan bantuan..insyaallah kita dah meringankan beban seseorg yang lain..jika anda nak turut membantu..insyaallah saya boleh jadi orang tengah nye. Boleh bankin duit sumbangan tu and saya pass kepada nenek adik ni..ada antara anda yang nak bantu dari segi kewangan or barang or makanan or apa-apa je lah..boleh PM saya terus ye ?
Kita ringankan beban orang lain..insyaallah Allah ringankan bebanan kita. Kesian adik ni..semoga dia berjaya
Sumber : Facebook Nurul Ain Arbain

No comments

Powered by Blogger.
a