Header Ads

Bella Dally Akhirnya Temui Kebahagiaan Sebenar Bersama Arif

Pelakon Bella Dally sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Arif Izuddin dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Putrajaya pada dua hari lalu.
Dalam majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat itu, Arif Izuddin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 buat Bella Dally.

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu dimulakan dengan persembahan marhaban daripada kumpulan Nurul Iman, Klang.

Turut hadir pada majlis itu adalah pelakon Elfira Loy dan Mira Filzah yang juga pembawa dulang hantaran bagi pihak perempuan.

Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelumnya, Bella yang juga pelakon drama Makmum Yang Paling Aku Cinta pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada September 2016.
Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 2 Mei 2018. Menerusi perkahwinan itu mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Dan Perkahwinan Bella Dally dan Arif









Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Januari lalu selepas berkenalan selama lima bulan. In merupakan perkahwinan kedua buat Bella Dally selepas beliau bercerai dengan Nazim Othman pada Mei 2018 yang lalu.
Sumber : Instagram Bella Dally

No comments

Powered by Blogger.
a