Header Ads

Berkecimpung Dalam Dunia Make-Up Sejak Umur 3 Tahun, MUA Kecil Ini Dah Mampu Beli BMW !


Seorang jurusolek atau make-up artist (MUA) yang berusia 12 tahun yang berasal dari negara Thailand ini sangat menakjubkan. Namanya Pear Paplern dan bakatnya mula dicungkil pada seawal usia 3 tahun lagi dan kini dia masih aktif dalam dunia solekan model dan juga artis di Thailand.

Terdahulu, Pear Paplern pernah memuat naik video pertama hasil solekannya di laman YoutTube. Jelas sekali kelihatan hasilnya semakin menakjubkan dari hari ke hari. Tambahan pula, dia juga mampu untuk membeli sebuah kereta BMW dengan menggunakan pendapatanny dari solekan. So inspiring!

Perjalanan saya baru bermula


Mempunyai 278 Subscribes di YouTube

Adik Pear Paplern berkongsi tentang biodata peribadinya di laman Facebook termasuklah perjalanan kerjayanya sebagai seorang MUA. Dia juga sangat berkeyakinan dan berani mengenakan solekan pada wajahnya sendiri dan merakam video untuk dimuatnaik ke akaun YouTube. Sehingga ke hari ini, akaun You Tube miliknya sudah mencecah 278K subscribes!



Antara video pertama yang dirakam dan sempat dimuatnaik sejak 6 tahun lalu. Bukan itu sahaja, video tersebut telah mendapat lebih 6.6 juta tontonan dan masih sedang hangat dipertontonkan seluruh dunia.



Hasil sentuhan solekan adik Pear Paplern








Adik Pear Paplern sedang membuat solekan di sebuah Academy di Thailand.

Anugerah MThaiTopTalk

Pada hujung Mac lalu. Pear Paplern turut berkongsi di laman Instagramnya hari gembiranya mendapat Anugerah Young Role Model di malam berprestij Mthai iaitu sebuah anugerah hiburan di Thailand. Dia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang tak berhenti menyokong kerjayanya.

Sambut ulang tahun dengan kereta BMW

Pada baru-baru ini, Pear Paplern telah menyambut ulang tahun hari jadinya. Dia memuat naik gambar bersama kereta BMW miliknya di laman Facebook dan status itu tular sehingga mendapat 14,000 share dari pengguna Facebook, dengan kapsyen "Happy Birthday To Me".



Sumber : You Tube, Instagram, Facebook Pear Paplern

No comments

Powered by Blogger.
a