Header Ads

(GAMBAR) Baru Berumur 11 Tahun, Hasil Make-Up Kanak-Kanak Ini Pukau Netizen, Solekan Macam MUA Profesional!



Bakat adalah sesuatu yang semula jadi dalam diri seseorang. Ada yang dilahirkan sejak azalinya sudah berbakat, ada pula yang baru sedar bakatnya selepas diasah. Bakat seseorang juga adalah berbeza bagi setiap individu. Bila bercakap soal solekan, rata-rata zaman sekarang sering kita dengar MUA iaitu gelaran seorang jurusolek. Umur mereka tidaklah terlalu tua atau terlalu muda kerana kebiasaannya dalam 20 ke 30-an tidak seperti kanak-kanak berumur 11 tahun ini.

Siapa sangka, adik bernama Iris Khairi, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang ternyata mempunyai bakat yang memang hebat dalam bidang profesional, dapat mengalahkan golongan dewasa yang berkecimpung dalam bidang solekan ini. Dia merupakan murid darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Tasek Permai, sedang berjinak-jinak dalam dunia solekan dan hasil solekannya sangat memukau sesiapa saja yang melihatkan kerana persis hasil jurusolek profesional!

Iris juga sering memuat naik hasil solekannya 'sebelum' dan 'selepas' solekan di laman Facebook miliknya untuk dikongsikan kepada umum.

Lihat hasil solekan adik Iris di bawah, dan dirinya sendiri sebagai model. Sangat memukau!

Cuba imbas kembali umur anda ketika 11 tahun dahulu, entah-entah bedak pun tak kenal! Mesti kagum kan dengan adik Iris?










Menurut Iris, dia mempelajari cara-cara bersolek dengan melihat video-video tutorial menerusi laman YouTube

Ekoran kehebatan Iris dalam bidang solekan ini, ibunya telah membuatkan satu page rasmi di laman Facebook iaitu Make up by Adek Iris.

Antara video tutorial make-up yang dimuat naik oleh Iris di page Facebook itu:






Komen-komen netizen di laman Facebook Iris :






Sumber : Facebook Iris Khairi 


No comments

Powered by Blogger.
a