Header Ads

Gurauan ‘Nampak’ Makhluk Halus Aeril Zafrel Undang Kecaman Netizen, Didakwa Tak Sensitif & Sindiran Tak Kena Masa


Kehilangan Acap salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail sehingga kini masih kekal misteri. Berikutan kehilangannya, ada netizen yang menyunting dengan lukisan berbentuk bulatan berwarna merah di beberapa tempat dalam gambar Acap ketika larian yang sempat diambil sebelum Acap dilaporkan hilang. Netizen tersebut mendakwa kononnya dalam beberapa bulatan merah itu ada penampakan 'sesuatu' yang ghaib. Lalu, gambar tersebut telah viral di media sosial dan ada dalam kalangan yang melihat gambar sunting tersebut seakan bahan lawak dan ada yang mengambil serius. Sama ada betul atau tidak penampakan 'sesuatu' yang ghaib itu betul atau tidak, masih belum dipastikan.
Walau bagaimanapun, kita perlu menghormati keluarga Acap dengan tidak sewenang-wenangnya membuat jenaka berkaitan kehilangan Acap ini. 
Terbaharu, pelakon terkenal Aeril Zafrel telah memuat naik satu foto di laman Instagramnya dengan membulatkan beberapa kawasan pada fotonya. Lantas netizen menegur tindakan Aeril itu seakan biadap kerana tidak menghormati perasan ahli keluarga mangsa.
‘Korang nampak tak?’

Berdasarkan foto yang dimuat naik itu memperlihatkan Aeril sedang berdiri dibawah sebuah pokok dan telah membulatkan beberapa kawasan disisinya yang kononnya ada penampakan 'sesuatu'. Menerusi kapsyen yang dilihat berbaur gurauan itu telah menimbulkan kecaman daripada netizen kerana netizen merasakan ianya berkaitan dengan kehilangan Acap.

Ini respon netizen 






Sumber : Instagram Aeril Zafril 

No comments

Powered by Blogger.
a