Header Ads

Koma Ketika Pembedahan C-Section, Wanita Ini Akhirnya Dapat Jumpa Anak Selepas 5 Bulan


Saat paling dinanti-nantikan oleh seorang ibu adalah anak yang dikandungkan sembilan bulan lahir dengan sempurna dan dilihat serta disentuh wajahnya selepas selesai bertarung nyawa proses kelahiran. Lain pula dengan nasib si ibu ini, beliau tidak bernasib baik untuk merasai semua itu kerana akibat koma selepas bersalin dalam tempoh hampir separuh tahun.


Perkongsian gambar di laman Facebook oleh Hasirah Nujiey menjadi viral dan mendapat lebih dari 1,500 shares. Ternyata orang ramai bersyukur kerana si ibu ini dapat melihat anaknya dan berdoa supaya kembali sihat seperti sediakala.

Baca entri penuh di bawah.

02.04.2019 ( hari ke 138 )
SENTUHAN PERTAMA....
Pertemuan antara ibu dan anak.... pilu campur gembira.. xterkata...
Air mata laju je keluar..
Moklaa angkt tgn utk ambik ank nya.. tp apakan daya.. die xmampu.. separuh sja terangkat.. xsampai.. Allahhhuuuuu...
😢😢😢😢😢😢😢😢
Moklaaa.. kuatlah demi ank mu...
Sentuhan pertama.. pipi ke pipi...
Moklaa menangis sekuat hati..
Syahmi turut meratapi...
😭😭😭
Semoga sentuhan itu dpt menerbitkan keajaiban dri Allah...
Sembuhkan lah moklaaa....

KOMPLIKASI KETIKA C-SECTION



Nur Fadilla atau lebih dikenal dengan Mokla (28), sebagaimana diceritakan dalam status Facebook, mengalami komplikasi ketika melahirkan anaknya yang pertama ketika operasi caesar (C-Section) pada 18 November tahun lalu selepas baru sahaja 6 hari lebih ‘due’ bersalin.


Semasa proses pembedahan C-Section, Moklah mengalami komplikasi dan jantungnya berhenti seketika. Walaubagaimanapun, selepas 10 minit nadi Mokhla kembali dan anaknya selamat dilahirkan. Namun apa yang menyedihkan pihak perubatan adalah Mokhla mengalami koma kerana bekalan oksigen yang tidak cukup di otaknya.


jUMPA ANAK SELEPAS 5 BULAN KOMA



Selepas 5 bulan, pada tanggal 2 April, Mokhla akhirnya sedar dari koma dan berhasrat untuk bertemu dengan anaknya.

Sumber : Facebook Hasirah Nujiey


No comments

Powered by Blogger.
a