Header Ads

Operasi Cari Acap Di Gua : Ada Pendapat Kata, Acap Sebenarnya Ada Di Sekitar Situ, Tapi Matanya 'Ditutup' Oleh 'Penunggu Hutan' Sebab ...


Misteri kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau lebih dikenali sebagai Acap, salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang tempoh hari masih menjadi tanda tanya dan keberadaannya masih gagal dikesan walaupun misi pencarian dilakukan setiap hari.
Gambar terakhir Acap sebelum dilaporkan tidak tiba di garisan penamat dan disahkan hilang hingga ke hari ini

Pelbagai perkongsian di media sosial dibuat oleh orang ramai sama ada yang terus berdoa supaya Acap segera ditemui dan ada juga individu-individu yang berkongsi pengalaman peribadi yang pernah berhadapan dengan situasi aneh ketika di hutan.
Kehilangan Acap terkesan pada ramai pihak terutama ibunya yang setiap hari tak putus mendoakan dan menantikan kepulangan Acap.
Pelbagai ikhtiar sama ada secara moden mahupun alternatif bagi membantu misi pencarian sekaligus meredakan kebimbangan keluarga Acap terutama ibunya.
Firasat ibu rasakan Acap ada di sekitar gua
Ibu yang melahirkan dan seorang ibu mempunyai naluri yang kuat tentang anak yang dikandung. Melalui perkongsian yang dibuat oleh Perubatan Islam Nur Zikir, mereka telah melakukan pencarian di kawasan sekitar gua dalam peta pencarian setelah firasat ibunya mengatakan Acap berada di lokasi tersebut.
Di bawah adalah beberapa perkongsian dan gambar-gambar ketika operasi mencari dan menyelamat pada 12 tengah malam tadi.
"Firasat ibu acap mengatakan anaknya berada di sekitar gua ini..alhamdulillah dengan izin Allah sebelum masuk ke gua ini kita telah menunaikan solat hajat dan bacaan Surah Yasin..maaf kepada semua yang tunggu untuk menonton secara live fb tadi kerana tidak ada line semasa dalam perjalanan masuk ke gua tersebut..Inshaa Allah kita akan upload video semasa pencarian di dalam gua ini secepat mungkin..terima kasih kepada semua yang mendoakan kami dalam misi pencarian ini.. tadi kami masok pukul 12 malam keluar pukul 5 pagi perjalanan sangat jauh dan pelbagai rintangan kami tempuhi..esok pagi kita akan sambung pencarian mencari acap di kawasan yang akan kita update nanti."









"Mangsa disesatkan oleh makhluk halus"

Apabila status pencarian Acap pada jam 12 tengah malam tadi tular di laman sosial, ada seorang pengguna Facebook bernama Hidayah Nasir meninggalkan komen berbentuk pendapat menurut kepercayaan bangsa lun dayeh Sarawak yang diambil dari sumber lain tentang situasi begini apabila hilang berhari-hari dan tidak dijumpai. 



Dalam kenyataan itu turut menjelaskan tentang peringatan dan pantang larang ketika masuk hutan, dilarang sama sekali menegur apabila mendengar bunyi, bau wangi atau sebalik atau dengar suara memanggil. Menurut sumber, peringatan ini daripada datuknya kepada orang yang hendak masuk hutan, ada perkhemahan hutan atau mendaki.

Namun, rata-rata Netizen di ruangan komen status tersebut mendoakan agar Acap segera ditemukan.

Semoga Acap ditemukan secepatnya dan berada dalam keadaan selamat. Sekiranya ditakdirkan Acap sudah tiada, semoga dijumpakan jasadnya. AMIN

Sumber : Facebook Perubatan Islam Nur Zikir

No comments

Powered by Blogger.
a