Header Ads

"Surau Mana Ni? Kenapa Kejam Sangat?" - Lelaki Ini Disuruh Pulang Sebab Tak Cukup Duit Untuk Urus Jenazah Anaknya


Peristiwa menyedihkan apabila seorang bapa yang kehilangan anaknya, tidak mempunyai wang cukup untuk meneruskan pengebumian anaknya itu.

Lebih menyayat hati apabila, anak tersebut masih bayi lagi dan baru sahaja dilahirkan oleh si ibu.

Difahamkan, urusan pengebumian jadi terbatas kerana 'benda' yang telah mengaburi nilai kemanusiaan itu tidak cukup. Menurut Harian Metro, ketika bertemu si bapa yang bernama Mohd Zulhairi Zainol, 34, lelaki itu memaklumkan hanya mempunyai RM150 bagi mengebumikan jenazah anaknya selepas pihak pengurusan sebuah surau meminta bayaran RM300. Kemudian lelaki tersebut disuruh pulang oleh orang surau.

Sudah jatuh ditimpa tangga, kehilangan anak yang merupakan darah daging tidak sampai beberapa minit bernafas di dunia, telah dijemput Ilahi, ditambah lagi dengan dugaan yang lain iaitu proses pengebumian yang tidak dapat dilaksanakan hanya kerana kekurangan duit.


Menurut status yang dimuat naik oleh Mohd Zulhairi Zainol dan mendapat perhatian ramai sehingga 10,000 share, difahamkan, pihak pengurusan jenazah enggan menguruskan pengebumian jenazah bayi itu sebab tak cukup duit berjumlah RM300. 

Alhamdulilah selesai,sadis kesah brader nie”..padahal pagi tadi dia dah bawa jenazah anaknya ini untuk di uruskan di tempatnya”..di sebabkan dikenakan caj rm300.00 si ayah nie xmampu dah orang tu xnak uruskan”...😔😔😔
Kemudian, si ayah membawa jenazah anaknya ke hospital semula, mujurlah ada insan mula yang sudi bantu si ayah untuk menguruskan jenazah si anak.


Ada sukarelawan yang sedia membantu si ayah yang kehilangan bayi ini, barulah proses pengebumian berjalan dengan lancar. Sukarelawan atau seorang insan yang berhati mula sanggup menghulurkan bantuan berbentuk duit kepada si ayah tadi mendapat pujian ramai kerana melancarkan urusan orang yang dalam kesusahan.


dibawa kembali anak ini ke hospital nasib baik lah team forensik maklumkan pada hery,terus hery dtg bantu dan uruskan mandi&kafan serta dikebumikan.

Dia maklumkan pada hery hanya ada rm150.00 sahaja,hery ckp simpan sahaja duit tu”....


terus ayahnya pelok hery.....dan berterima kasih pada kalian semua.

nie lah di antara sumbangan kalian hery salurkan..

baby kecik mcm nie pon nak caj rm300.00

modal hery tadi hanya rm20.00 je

Salute pada insan bernama Hery ini. Masih wujud orang yang mulia hatinya.

Inilah contoh teladan yang baik untuk semua.

Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah si bayi juga merupakan anak syurga meninggal dunia tanpa sebarang dosa.

Sumber : Mohd Zulhairi Zainol

No comments

Powered by Blogger.
a