"Sampai Bila Nak Jadi Gemuk?" - Gadis Ini Kongsi Tips Turun Berat Badan Lebih 30Kg! Betul-Betul Kurus & Cantik!
Sesiapa pun di dalam dunia ini tidak mahu berbadan gemuk. Bila seseorang yang mempunyai badan 'sihat' ini pasti menginginkan untuk kurus seperti orang lain tetapi tidak tahu cara yang betul.
Tahukah anda cara untuk kurus cuma perlu 3 benda ni sahaja iaitu paling penting mesti berdisplin, rajin dan konsisten!
Seorang wanita telah membuat perkongsian di laman Twitter dengan menggunakan nama @syarmineisa tentang tips-tips terbaik yang dilakukan sepanjang usaha dia menurunkan berat badan. Memang jelas sangat perbezaan saiz badannya dahulu dan sekarang.
Perkongsian tersebut telah meraih lebih 17,000 Retweets dan 28,000 likes. Ternyata ramai pengguna Twitter lain juga turut bertanyakan tentang tips yang dilakukan sehingga mendapatkan hasil yang menakjubkan.
Bila tengok balik, memang tak sangka dia boleh turun berat sebanyak ini. Tips yang digunakan pun tidaklah sesukar yang difikirkan.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Baca perkongsian penuh di bawah:
NOTA : Penurunan berat badan kerana 'heartbreak' yang dimaksudkan bukanlah atas sebab putus cinta. Gadis ini menjelaskan sendiri bahawa 'heartbreak' yang dikatakan adalah lebih kepada give up dengan diri sendiri sebab berat badan yang makin naik dan penat dengan keadaan dirinya itu.
Berjaya hilang berat lebih kurang 30kg.
Berjaya hilang berat lebih kurang 30kg.
Pecahan diberikan kepada satu tahun yang pertama di mana dia berjaya menurunkan 12 kg namun tidak konsisten. Baki 20 kg lagi berjaya diturunkan dalam masa 5 bulan seterusnya.
Di bawah merupakan tips terbaik yang simple untuk anda semua praktik:
basic tips:— MEENIEE 🌻 (@__syarmineisa) February 10, 2019
minum banyak air mineral/kosong (whatever you call it)
tak makan/minum benda manis unless datang dari buah
i dont do diet atkins
breakfast is a must, i usually take fruits & veges, lunch makan nasi BUT SIKIT JE, dinner usually sama macam breakfast pic.twitter.com/wWZqfhxqR9
Ini pula tips yang dilakukan olehnya pada 5 bulan lalu. Paling penting, sentiasa istiqamah dan percaya pada diri sendiri. Jangan pernah give up!
Untuk pengetahuan anda, gadis ini juga tidak melakukan apa-apa penyediaan makanan (meal prep) sihat seperti yang sering dilakukan oleh orang lain.

Namun, jika anda perlukan penyediaan makanan untuk mengajar dan mendisiplinkan diri anda untuk mengawal cara pemakanan dan jenis makanan yang diambil, anda boleh buat sendiri meal prep mengikut citarasa masing-masing.
NO meal prep hehe pic.twitter.com/rt2IbAQ07r— MEENIEE 🌻 (@__syarmineisa) February 11, 2019
“how do you stay consistent?” if you want it, you go for it. pic.twitter.com/4WgWdKkPGu— MEENIEE 🌻 (@__syarmineisa) February 11, 2019
Alhamdulillah, berkat usaha dan disiplin diri sendiri memberikan hasil yang memuaskan. Dapat juga tangkap gambar cantik-cantik, pakai baju lawa dan lebih confident dengan diri sendiri.
Sumber : Twitter @syarmineisa
Post a Comment