Header Ads

"Tak Nak Kepak Atau Peha" - Permintaan 'Special' Dilabel "Gedik" Oleh Cashier Biadap Pada Resit, Ini Tindakan Pelanggan



"Customer always right". Di mana-mana restoran atau kedai pun, jika pelanggan tidak dapat layanan yang memuaskan, kedai atau restoran tersebut pasti akan buruk nama. Apatah lagi jika kakitangan atau pengurus kedai atau restorang yang bertindak biadap secara terang-terangan terhadap pelanggan. Hati-hati, kini zaman viral, sekelip mata nama anda boleh buruk!

Seorang lelaki terkejut apabila dia dilabel sebagai 'gedik' oleh cashier sebuah restoran makanan fast food dipercayai di Shah Alam, hanya kerana dia membuat permintaan 'special' ketika membuat pesanan. Dia memuat naik gambar resit di laman Twitter miliknya sebagai bukti beserta kapsyen marah tidak berpuas hati dilakukan sebegitu.

"Apa salah aku buat special request?!" tulisnya. 



Berdasarkan gambar resit yang dikongsikan, difahamkan pelanggan berkenaan membuat permintaan khas yang dia tidak mahu bahagian kepak atau paha. Namun terkejut apabila mendapat resit yang jelas dan terang tertulis perkataan 'gedik' pada resit bertarikh 31 Mac 2019, jam 8:58 malam. 

Tidak berpuas hati dengan insiden itu, pengadu membuat aduan pada pihak restoran terbabit melalui emel dengan bantuan rakannya.



Tampil seorang individu yang bekerja dengan restoran itu pula menafikan 'gedik' itu ditujukan kepada pengadu, sebaliknya ditujukan kepada kakitangan yang menyediakan pesanan itu. 

Sementara itu, pihak restoran memohon maaf di atas kebiadapan kakitangannya di cawangan berkenaan dan memberi jaminan bahawa pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kakitangan terbabit. 

Netizen turut rasa bengang dengan tindakan cashier yang attack pelanggan tersebut pada resit guna perkataan 'Gedik'.


Sumber : Twitter Ridzuan Ahmad 

No comments

Powered by Blogger.
a