Header Ads

(VIDEO) "Pakai Honda tapi syok cuci kereta kat tempat isi minyak di petrol pump, betul-betul konsep layan diri ni" - Netizen



Seorang pemilik kereta Honda atau kita sering panggil kereta 'H' dirakam secara sembunyi oleh netizen apabila dia bertindak membasuh keseluruhan kereta di petrol pump. Menurut gambar yang telah tular di laman sosial kereta tersebut bernombor plat mula dengan P, tetapi belum dipastikan sama ada pemilik adalah berasal dari Penang atau sebaliknya. Lantas, kelakuannya menimbulkan tidak puas hati terhadap netizen lain.

"Pelik juga, guna kereta mahal, kereta H kott, tapi bila cuci kereta nak yang free je?", kata Netizen.

Seorang pengguna Twitter yang menjadi saksi kejadian iaitu Hilmi Adi Ruzaini, dia memuat naik gambar beserta video si pemilik kereta H sewaktu sedang membasuh kereta tersebut di petrol pump. Tweet ini telah tular dan mendapat perhatian netizen hampir 10K retweet.




Menurut pengguna Twitter ini, pemilik kereta tersebut turut menggunakan kemudahan yang ada di petrol pump tersebut seperti alat pengelap dan pembersih cermin yang siap ada span seperti yang kita selalu lihat di kebanyakan petrol pump.


Tak isi minyak pun, basuh kereta je kat petrol pump

Tambahan lagi apa yang sangat menjadi tanda tanya netizen ialah pemilik H tersebut tidak mengisi minyak petrol langsung, hanya mencuci kereta di situ sahaja. 








(VIDEO) Basuh kereta di petrol pump kemudian dirakam Netizen


Antara kata-kata netizen apabila isu ini tular sedikit sebanyak memburukkan imej orang Penang disebabkan kereta tersebut mempunyai nombor plat bermula dengan 'P'.

'Anda duduk kawasan mana, kalau anda tak tahu di sini terdapat car wash yang hanya cas RM5 sahaja', kata Netizen.


"Pemilik H ni amalkan konsep layan diri"


"Buruk betul perangai..."


Sumber : Twitter Hilmi Adi Ruzaini

No comments

Powered by Blogger.
a