Header Ads

"Tak Pernah Nampak Gambar Anda Gi Terawih " -Pengikut Meluat Banyak Gambar Makanan, Ini Jawapan 'Pedas' Michael Ang


Michael Ang, yang merupakan salah satu pengarah terkenal baru-baru ini mendedahkan kepada umum bahawa dia telah memeluk Islam sudah lebih setahun menerusi satu video Youtube sebuah stesen TV berbayar.

Seperti selebriti dan orang awam yang lain, Instagram juga adalah medium untuk pengarah terkenal ini berkongsi aktiviti harian. Terbaru Michael berkongsi pandangan, resepi masakan dan review hotel mahupun makanan telah menerima komen tak sedap didengar daripada pengikutnya di Instagram kerana mempersoal keislaman Michael Ang dalam amal ibadah.

"Asalamualaikum..Apa Nama baru yer.."




Pengikut yang meluat dengan tindakan Michael Ang posting banyak tentang makanan.

Terdapat seorang pengguna Instagram meninggalkan komen panjang di salah satu posting Michael seolah-olah mempersoal amal ibadah pengarah itu kerana tiada post Michael menunaikan solat Terawih. Tambah individu itu, dia hanya melihat post Michael banyak tentang makanan berbuka dan sahur.

Individu tersebut menyatakan rasa meluat dengan tindakan Michael Ang dan menyatakan agama Islam bukan terletak pada makanan.


Ini respon Michael


Terdahulu posting Michael Ang mendedahkan umum dan tersebar tentang dirinya sudah memeluk Islam

Pengarah drama bersiri Suri Hati Mr Pilot itu kemudiannya membalas komen terbabit dan menegaskan dia tidak perlu membuat pos seperti dinyatakan individu itu kerana soal agama adalah isu dirinya dengan Allah.

"Saya memeluk agama Islam, bukan jadi ustaz. Saya tak rasa saya perlu post gambar I solat ke pergi terawih ke ataupun baca Quran atau pun berdakwah dalam ig saya. Keimanan I adalah antara I dengan Allah. Kalau post apa yang u nak I post itu nama dia takbur and hipokrit atau dalam bahasa lain fufu".

Michael juga menasihatkan pengikutnya itu untuk tidak terlalu menunjukkan ketinggian ilmu kepada orang lain kerana hanya Allah yang akan menilai agama hamba-Nya.

"Walaupun I embrace Islam tak bermakna I jadi orang lain saya masih orang yang sama cuma sekarang saya dah ada nama untuk tuhan saya. Satu aje nasihat saya pada awak, tak payah nak tunjuk sangat berapa tingginya ilmu awak tentang Islam pada orang lain lagi baik awak tunjuk kepada Allah berapa taatnya awak kepada ajarannya sebab bila dah mampus nanti yang akan judge kita adalah Allah bukan orang-orang yang u nak tunjuk sangat keimanan awak. Sekian terima kasih."



Pengikut lain turut pertahan Michael






Sumber : Instagram Michael Ang

No comments

Powered by Blogger.
a