Baru Selesai Jalani Pembedahan, Aliff Aziz Enggan Ulas Kes Curang & Akui Ini Fasa Paling Getir Seumur Hidup
Industri hiburan tanah air digemparkan bukan kali pertama atau kedua tentang kontroversi penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berlaku curang. Akibat foto tersebar baru-baru ini, bapa kepada seorang anak lelaki yang masih kecil iaitu Ayden Adrean tanpa henti dihentam netizen.
Kesabaran isterinya iaitu Bella Astillah sudah habis apabila berkali-kali kes curang mengaitkan suaminya itu dan memutuskan untuk tinggal berasingan dengan Aliff Aziz sejurus berita kecurangan terbaru telah tersebar.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Aliff Aziz telah memberi respon tentang perkara ini menerusi perbualan Whatsapp bersama pihak akhbar itu.
‘Ini Fasa Paling Getir Dalam Hidup Saya’
![]() |
Aliff dan isterinya, Bella Astillah serta anak lelaki mereka ( Ayden Adrean) |
"Aliff minta jasa baik ye. Aliff tak nak bercakap dengan sesiapa buat masa sekarang.
Ini fasa paling getir dalam hidup saya tapi Insya-Allah."
Baru selesai jalani pembedahan
Tambahnya lagi, dia baru sahaja selesai melakukan pembedahan dan tidak boleh berbual panjang buat masa sekarang.
"Maaf, sekarang Aliff baru habis pembedahan dan tidak ada apa nak borak buat masa sekarang".
Namun, tidak dinyatakan secara terperinci pembedahan apa yang dijalaninya.
Sumber : Utusan Malaysia
Post a Comment