Header Ads

Dikecam Gara-Gara Tak Pandai Siang Ikan, Akhirnya Elfira Loy Buka Mulut 'Lawan' Netizen



Pelakon dan pengacara, Elfira Loy sekali lagi dijadikan 'bahan' untuk netizen kecam. Kali ini, isu tular di laman sosial apabila netizen mempersoalkan dirinya yang tidak tahu siang ikan. Elfira berkongsi aktiviti hariannya menerusi insta story Instagram miliknya di dapur ketika ingin memulakan masak yang dibantu oleh suami yang tercinta, Faris Khairol.

Video Faris sedang siang ikan dengan kapsyen Elfira ‘I don’t know how to siang ikan‘ telah mengundang kecaman netizen.Tetapi, pelakon itu menyifatkan perkara tersebut bukanlah sesuatu hal yang perlu diperbesarkan.

‘I don’t know how to siang ikan’
Kredit : ohbulan

Menerusi satu insta story, ia membuat 'ask me a question' bersama pengikut, Elfira menjawab isu tular tersebut dengan begitu positif sekali sehingga ada yang bertanyakan bagaimana dia kekal positif walaupun dihentam teruk oleh netizen berkaitan siang ikan yang tular di laman sosial baru-baru ini.
Bagaimanapun, Elfira Loy menyifatkan perkara sebegitu tidak perlu diperbesarkan dan meminta bantuan suaminya memasak di dapur bukanlah sesuatu masalah.
"Itu bukan isu yang besar pun tapi anda kenal netizen. Mereka suka jika anda tidak tahu sesuatu daripada anda tahu semuanya. Kalau hari itu saya tidak tahu, tiba-tiba hari ini saya tahu, anda ingat mereka nak ambil kisah?
Lebih baik saya tidak berdebat apa melakukan apa-apa dengan orang macam tu sebab ianya akan merosakkan minda dan perangai kita"

"Saya tak cakap yang saya tak pandai"

Tambah Elfira lagi, kerja siang ikan selalunya dilakukan oleh pekerja di kedai sewaktu membeli ikan. Dia turut musykil dengan netizen sama ada terdapat perbezaan terhadap ikan tersebut atau tidak jika siang di kedai atau di rumah.

"Saya tidak cakap yang saya tidak pandai, saya cuma kata tidak tahu sebab tidak pernah tahu. Selalunya kedai yang siangkan. Kenapa ada beza ke kedai siang dengan kita siang? Kejap lagi nak cuba gorenglah ada beza ke tak. Tak pandai jaga mulut tu ada beza".

Sumber : ohbulan, Instagram elfira loy

No comments

Powered by Blogger.
a